Kenapa Jangan Sokong Umno (Akhir)


Manusia yang cerdik adalah manusia yang mampu menilai dengan baik yang mana betul yang mana salah. Manusia yang bodoh adalah manusia yang hanya menyokong tanpa usul periksa. Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang tahu memilih kerajaan mana benar – benar membela rakyat. Rakyat yang bodoh adalah rakyat yang termakan dengan penipuan dan kenangan lama yang sudah lama hilang.

By From Vehicles to Life

Kita harus memilih antara cerdik dan bodoh. Jika kita memilih menyokong sebuah kerajaan yang tahu membohong maka jangan salahkan esok bila generasi yang akan datang terus – menerus menyalahkan kita kerana tidak pernah sesekali kita menghukum kerajaan yang penipu ini. Jika kita memilih dengan baik dan memilih sebuah kerajaan yang adil kepada semua rakyat, sudah pasti generasi akan datang akan hidup dengan terus gemilang dan berterima kasih kerana kita telah meletakkan satu penanda politik yang baik kepada mereka.

Umno adalah sebuah parti yang sudah lama menipu Melayu. Umno juga telah lama menipu Cina dan India melalui MCA dan MIC. Kita rakyat Malaysia sudah sekian lama dipaksa menerima cerita Cina akan rampas hak Melayu. Melayu akan bunuh semua orang Cina. Hanya kerana untuk mempertahankan kuasa untuk mengayakan sanak – saudara, Umno, MIC dan MCA sanggup melihat rakyat bergaduh sesama sendiri.

Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/03/kenapa-jangan-sokong-umno-akhir.html



Comments
Loading...