Sistem Permilihan MCA Dan Mampukah MCA Dapat Mendapat Semula Sokongan Rakyat?


Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah adakah Chew Mei Fun, ketua wanita MCA dan bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara akan meletak jawatan? Kerana menurut beliau sekiranya Chua Soi Lek memenangi kerusi President MCA maka beliau akan meletak jawatan MCA. Nampaknya lepas ini, Chew Mei Fun akan sibuk untuk membalas soalan dari media dalam isu ini.

By GoMalaysian

Permilihan MCA akhirnya berlalu. Seperti yang dijangkakan oleh para penganalisis politik negara, Chua Soi Lek yang mendapat undi 901 undi berjaya mengalahkan bekas President Ong Tee Keat 578 undi dan bekas President Ong Ka Ting 833 undi dalam perebutan kerusi President MCA.

Namun perolehan undi oleh Ong Tee Keat telah dikatakan amat memberangsangkan kerana sebelum ini para penganalisis politik hanya menjangkakan beliau hanya boleh memperoleh kira-kira 300 undi manakala Ong Ka Ting yang cuba melabelkan dirinya sebagai pemimpin yang mampu menyelamatkan MCA di media masa dan di kalangan wakil MCA akhirna kalah kepada Chua Soi Lek.


Sistem Demokrasi dalam MCA?

Pemilihan Parti MCA memang menarik perhatian saya kerana pada pendapat saya, ia adalah parti yang paling demokrasi di arena politik negara ini. Hal ini adalah jarang berlaku di arena politik negara dimana kebiasanya pihak yang berkuasa biasanya menggunakan pelbagai cara untk menghalang pencabarnya memberikan cabaran kepadanya. Sebagai contoh, sistem kuota yang digunakan untuk menghalang pencabarnya bertanding kerana gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi, Tun Mahathir juga pernah menyatakan beliau ditekan ketika pemilihan UMNO berlangsung dan sebagainya.

Dalam pemilihan MCA kali ini, saya menampakkan kesemua calon mempunyai pelunag untuk berceramah dan mengaul undi mereka. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam pemilihan kali ini seperti meletakkan VCD dan pisang di meja wakil, kumpulan NAP yang cuba menyuruh wakil supaya tidak mengundi calon yang mempunyai kesalahan dari segi moral, namum pemilihan kali ini dikatakan berjalan dengan lancar.

Sistem demokrasi dalam MCA diharapkan dapat menjadi ikutan kepada parti politik negara bukan saja parti komponen Barisan Nasional, tetapi juga parti komponen Pakatan Rakyat.

Bolehkan MCA mendapat semula sokongan rakyat?

Sebelum pemilihan ini bermula, pelbagai pihak telah menjalankan pungutan suara untuk mendapatkan pandangan orang ramai mengenai siapa yang paling layak untuk memimpin MCA.

Merdeka Center telah menjalankan undian di kalangan pelbagai kaum dan keputusannya ialah Ong Tee Keat mendahului pencabarnya dalam undian tersebut. NTV 7 juga menjalankan undian SMS ketika berita Mandarin dan mendapati hampir 50% daripada masyarakat orang Cina telah berharap agar Og Tee Keat terus membimbing MCA. Hal ini kerana tanggapan orang ramai terhadap Ong Tee Keat adalah lebih positif berbanding dengan calon lain.

Ong Tee Keat pernah membongkarkan tindakan rasuah dalam peruntukan untuk sekolah cina oleh pegawai kerajaan dan yang terbaru ini kes PKFZ yang dikatakan oleh segelintir orang punca dia disingkirkan kali ini. Sikap keberanian Ong Tee Keat telah berjaya mendapat sokongan orang ramai terhadapnya, harus diingatkan, Ong Tee Keat (Ahli Parlimen Pandan) berjaya untuk mengekalkan kerusi Parlimennya walaupun dilanda tsunami politik dimana MCA kalah hampir semua kerusi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Nampaknya keputusan pemilihan MCA adalah jauh berbeza dengan hasrat masyarakat orang cina, Ong Tee Keat yang paling diminati oleh orang ramai telah menduduki tempat terakhir dalam pemilihan tersebut.

Mesej yang disampaikan oleh pemimpin MCA adalah imej pemimpin itu hanya salah satu faktor dan apa yang lebih penting adalah kebolehan pemimpnin itu untuk mengagihkan sumber parti dan membimbing parti. Jadi, keputusan kali ini telah jauh berbeza dengan hasrat masyarakat orang Cina dan adakah MCA masih mampu mendapat semula sokongan orang Cina? Nampaknya ia masih mempunyai jalan yang lama untuk dikecapi.

Read more at: http://gomalaysian2.blogspot.com/2010/03/sistem-permilihan-mca-dan-mampukah-mca.html



Comments
Loading...