Pendedahan APCO melampaui Polemik 1-Malaysia


Dr Dzulkefly Ahmad

Secara peribadi saya melihat isu APCO mestinya ditangani melampaui dan melepasi polemik samada APCO pencipta 1-Malaysia atau pun tidak.

Lebih penting dari polemik itu, ialah hakikat bahawa APCO kini secara jelasnya punya kaitan dengan regim Zionis-Israel yang bertanggungjawab melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan secara ‘genocide’ terhadap Ummat Palestine.

Dewan Rakyat, secara ‘bipartisan’ atau sebulat suara melibatkan pihak Kerajaan BN dan Pembangkang Paktan Rakyat, sedikit waktu mengambil pendirian bagi menyatakan penentangan Malaysia terhadap regim Zionis-Israel khususnya dalam siri-siri serangan kejam dan pembunuhan terhadap umat Palestin di Semenanjung Gaza.

Justeru, ketika Ketua Pembangkang YB Permatang Pauh secara jelas membuktikan keterlibatan pelbagai peribadi ‘high profile’ yang terlibat dalam APCO Worldwide, samada yang berpengkalan di Tel Aviv mahupun di Malaysia dan juga penglibatan syarikat ’sister company’nya Asero dalam hal urusan perisikan dan keselamatan, maka jelas bagi kita bahawa APCO, bukanlah sekadar firma perunding perhubungan awam yang bersifat internasonal sahaja.

APCO Worldwide berpengkalan di Washington, juga mempunyai 23 pejabat di seluruh dunia termasuk Tel Aviv. Adalah diketahui umum bahawa penasihat-penasihat kanan yang terlibat dengan APCO termasuklah personaliti seperti Shimon Shein, bekas Duta Israel ke Germany dan Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat.

Nama-nama besar termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Tel Aviv iaitu Gad Ben-Ari, penasihat peribadi kepada mantan Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. Juga salah seorang ahli Badan Penasihat Antarabangsa APCO ialah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Keselamatan Kerajaan Zionis-Israel.

Khidmat cemerlang beliau kepada Perkhidmatan Risik Israel (ISS) telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemegang ‘Director’s Recognition Award’ oleh Badan Perisik Amerika Syarikat.

Jelas dan tegasnya APCO tidak lagi hanya polemik Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Bahkan ia sekaligus berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga serentak mampu menjejaskan nama baik dan kedaulatan negara disegi kaca mata dunia amnya dan negara umat Islam khususnya.

Kerjaan BN di bawah pentadbiran Najib dinasihatkan jangan terlalu ambil ringan dalam hal ini dan jangan menguji kesabaran dan tidak mengendahkan keprihatinan seluruh rakyat dalam hal hubungkait berurusan dengan pihak yang punya kaitan dengan Zionis -Israel. Sennsitiviti rakyat seluruhnya adalah amat tinggi dalam hal ini, khususnya umat Islam.

Justeru kerana keprihatinan ummat Islam khususnya dan seluruh warga negara Malaysia amnya terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap Zionis-Israel dan segala rangkaian dan kepentingannya, maka amat wajar bagi PAS, melalui MP-MPnya supaya membawa dan mengadapkan isu ini ke bawah Duli Yang DiPertuan Agung dan Majlis Raja-Raja yang sekaligus bertanggungjawab ke atas keselamtan dan kedualatan negara ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...