Najib Penindas Hebat


SOKONG AKU KALAU NAK BERAS, SOKONG AKU KALAU NAK BANGUNAN, SOKONG AKU KALAU NAK JALAR BERTAR. Ini semua proses membodohkan rakyat khasnya orang Melayu.

By From Vehicles to Life

Rupanya masih ada yang berangan mahu menjadi Tuhan. Firaun ketika menjadi pemerintah mengangkat dirinya sebagai Tuhan dan sering mengugut rakyat sembah dia jika mahu selamat.

Lihat sahaja penindas – penindas terkenal di dunia ini siapa sahaja yang tidak sokong mereka maka pasti akan wujud aksi penindasan yang maha dahsyat. Lihat sahaja di sekeliling kita sebagai contoh di Iran kerana menentang kepimpinan Ahmadnedijad maka terbunuhlah seorang perempuan muda ketika terlibat dengan aksi demonstrasi pada tahun lepas di Iran. Itu sebahagian contoh yang wujud di dunia yang luas ini.

Bagaimana pula di Malaysia? Tidak wujudkah penindasan sebegitu? Tidak wujudkah jika mahu selamat sokong dasar yang menindas kamu ini? Wujud…perkara sedemikian sememangnya wujud. Apa buktinya? :

“Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?,” katanya.

Bunyinya macam baik sahaja niat Najib yang memimpin Barisan Nasional. Dia mahu naikkan gaji namun dengan syarat kena sokong GST. GST yang bakal menaikkan semua harga barang. GST yang bakal merobek poket rakyat serobek – robeknya. GST yang bakal memiskinkan rakyat dan yang paling hina adalah GST bakal membodohkan rakyat selama – lamanya. Mahukah kita menjadi bodoh sebagaimana ahli Umno yang totok? Sudah pasti kita tidak mahu.

Read more at: Najib Penindas Hebat



Comments
Loading...