Bagaimana Perisik Israel menembusi Sistem Maklumat PDRM


By Anak Sungai Derhaka 

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak syarikat Asiasoft ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..

April 9, Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

“Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

“Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya,” katanya. – Malaysiakini

Baiklah… mari kita lihat bagaimana perisik Israel melalui Asiasoft berjaya menembusi (menguasai sebenarnya) system Maklumat dalam PDRM..

LATARBELAKANG PROJEK PRS

Projek Sistem Laporan Polis atau juga dikenali sebagai ‘Police Reporting System’ (PRS) bermula apabila kontrak untuk fasa 1 dan Fasa 2 diberikan kepada Syarikat Sapura Holdings Sdn. Bhd.

Kemudian Fasa 3 (Pembekalan) dan kontrak penyelengaraan untuk Fasa 1,2 dan 3 diberikan kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).

Dalam tahun 2006 kontrak berkaitan Migrasi Data diberikan kepada D.G. Kom Sdn. Bhd. Kontrak ini sepatutnya tamat pada 31 Mei 2008 telah dilanjutkan tempohnya sehingga kepada 31 Dec. 2008

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/04/bagaimana-perisik-israel-menembusi.html

 



Comments
Loading...