KWSP Tuntut Bayaran Balik Pinjaman Dari Transmile


(Free Malaysia Today) – Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sedaya upaya menggunakan semua langkah undang-undang untuk mendapatkan semula RM50 juta hutang dari Transmile Group Bhd.

Adalah dipercayai, KWSP adalah pihak utama yang memfailkan petisyen penggulungan syarikat kargo udara itu lewat bulan lalu, menurut The Star.

Tindakan KWSP ini memeranjatkan pemiutang-pemiutang Transmile yang lain, mungkin akan mencetuskan pertarungan sengit di antara lebih 10 institusi kewangan tempatan dan luar negeri bagi menuntut kembali pinjaman mereka dari Transmile.

Pakar-pakar undang-undang berkata, pihak mana dari kalangan pemiutang-pemiutang yang akan diberi keutamaan dalam mengutip hutang tersebut tidak diketahui.

Menurut laporan tahunan 2009 Transmile, hampir kesemua hutang-hutang itu tidak bercagar.

Aset utama Transmile ialah empat pesawat berbadan lebar bernilai RM386 juta. Tetapi Transmile berkata dalam laporan tahunan terbarunya, berdasarkan keadaan pasaran semasa adalah sukar bagi syarikat itu untuk menjual pesawat-pesawat itu.

Tindakan agresif KWSP dibuat kerana tidak ada perubahan dalam kedudukan kewangan Transmile.  KWSP juga percaya ia mempunyai kes yang kuat untuk mendapatkan semula hutangnya jika syarikat itu ditutup.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...