Yayasan Basmi Kemiskinan. Betul ke?


Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat

Siri – Apakah anda masih ingat?

Umno bakal gigit jari lagi nampaknya. Cubaan untuk menjatuhkan imej dan wibawa MB Selangor sekali lagi akan menemui kegagalan. Bahkan lebih buruk dari itu, makar jahat itu akan menempelak Umno sendiri. Kini hampir nasi telah jadi bubur. Sekali lagi pimpinan Umno akan diaibkan.

Isu YBK memang mahu digunakan sebagai modal politik besar mereka di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kampus UiTM Yayasan Basmi Kemiskinan mendadak menjadi sebutan di bibir rakyat Selangor ketika media BN memutarnya dengan dahsyat sekali.

Tampaknya segala akan ‘backfire’. Malang. Lebih perit dan siksa lagi kerana kesemua ini akan didedahkan semasa kempen PRK Hulu Selangor ini. Mentelahan cadangan tapak kampus itu juga adalah di Serendah, Hulu Selangor.

Cermat dan teliti seperti biasanya, MB Selangor yang diserang teruk dengan dakwaan kononnya menghalang penubuhan kampus UiTM di atas tanah seluas 448 ekar di Serendah oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), mengarahkan ketika itu YBK di audit. Penulis, salah seorang ahli panel Penstrukturan Semula Air Selangor cukup memahami ketelitian dan kepantasan beliau bertindak khususnya dalam hal urusan kewangan korporat.

Dakwaannya beliau khianat kepada bangsa Melayu, kerana bukankah UiTM, universiti afirmatif Melayu itu, bagi membantu anak-anak Bangsa Melayu yang hendak dibantu YBK? Beliau kononnya petualang bangsa serta ‘ merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu’.

MB Selangor ini cukup mengerti menangani pembangkang di Selangor. 2 tahun pentadbirannya, ramai pimpinan pembangkang telah di’dedahkan’ akibat gelagat buruk mereka sendiri.

 Kini laporan awal telah diedarkan kepada Dewan Undangan Negeri , khabarnya oleh Jabatan Audit Selangor, sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan telah di terbitkan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...