Serangan Terhadap Zaid Ibrahim oleh Barisan Nasional


Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri juga.

Oleh : Shen Yee Aun

Zaid minum arak

Pertama sekali mereka yang menimbulkan isu ini perlu ukur di baju sendiri terlebih dahulu. Ada juga terdengar pemimpin yang ada skandal seks dengan seorang artis. Ada juga dengar seorang pemimpin terlibat dalam kematian seorang wanita rakyat asing. Ada juga dengar seorang pemimpin mengambil komisien rasuah berjuta-juta ringgit. Ada juga orang tertentu yang menggunakan bomoh, jampi dan santau.

Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri juga. Kita kena tahu apabila Zaid Ibrahim meminum arak dahulu adalah Zaid Ibrahim yang berada di UMNO. Bukan Zaid Ibrahim yang kini berada di Pakatan Rakyat. Mengapa dahulu bila Zaid dalam UMNO tidak berani menimbulkan isu ini? Tiada seorang pun dalam kalangan UMNO yang cuba menasihatkan beliau? Mungkin UMNO sedar itu juga budaya mereka?

Serangan mereka hanya menyerang diri sendiri kerana menyerang Zaid Ibrahim yang minum arak semasa berada di UMNO.

Ada juga bekas Menteri Besar Selangor yang terlibat dalam 100 juta rasuah di Australia. Ada juga seorang bekas Menteri Besar Selangor yang kata orang menerima suntikan botox di muka dan pada masa yang sama menggunakan wang rakyat berhibur di Disneyland. Ada juga bekas Ketua Bahagian salah satu bahagian di Selangor yang membina mahligai dan Istana sendiri.

Taktik mereka menyebarkan gambar bogel Elizabeth adalah politik yang paling keji. Jangan lupa Pengerusi MCA kini juga adalah seorang yang memiliki video dan skandal seks yang jauh lebih teruk berbanding Elizabeth yang menjadi mangsa seks.

Jangan lupa. Seteruknya-teruknya Barisan Nasional cuba hendak merendah-rendahkan Zaid Ibrahim sebenarnya menunjukkan kegagalan dan kelemahan mereka sendiri. Sebab seteruk-teruk Zaid mereka bukankah UMNO dan Barisan Nasional yang melantik Zaid menjadi Menteri Kehakiman?

Khairy pula jangan cuba melaga-lagakan Zaid dengan Azmin sebab UMNO sendiri Palanaviel, Mugilan, Kamalanathan dan Taib dari UMNO juga berkrisis.

Ali Rustam dalam videonya menuduh Khalid Ibrahim membantu orang kaya sahaja. Habis UMNO bukan tolong Melayu kaya sahaja ke? Tolong India Ananda Krishna dan Cina Vincent Tan?

Ingat rakat.

1 undi kepada BN adalah undi kematian menghalalkan kematian Teoh Beng Hock Cina

1 undi kepada BN adalah undi kematian bersetuju kematian Kugan India

1 undi kepada BN adalah undi memberi mereka menembak 5 kali kepada Norizan Melayu

1 undi kepada BN adalah undi menyokong kematian wanita warga asing di Malaysia

Sesungguhnya itulah 1 KEMATIAN PELBAGAI BANGSA 1MALAYSIA di Malaysia

Kalau kita berperikemanusian yang mengasihani roh-roh yang telah meninggalkan kita maka kita perlu memangkah BN.

Kalau kita bersetuju dengan tindakan pembunuhan dan tindakan kejam itu makalah teruslah undi BN sebab kita tidak akan tahu satu hari nanti ibu kita, bapa kita, kekasih kita, keluarga kita, anak kita atau sesiapa yang rapat dengan kita juga akan mati sedemkian.

Antara minum arak dengan pembunuhan, pilahlah sendiri. Lagipun isu minum arak adalah isu lama semasa beliau berada di dalam UMNO.



Comments
Loading...