Hulu Selangor – kempen orang UMNO


Apa gambaran yang kita boleh bentuk apabila sebuah parti orang Melayu yang gagah seperti UMNO memerlukan bantuan Ibrahim Ali untuk menang? Apa pula anggapan orang kepada UMNO kalau cara kita nak menang ialah dengan mengumpat Zaid sebagai kaki minum dan kaki betina?

Yang pertama menyatakan UMNO sudah berada dalam keadaan sangat genting. Kita ni dah begkrap pemimpin ke? Dan besek?

Yang kedua, mendedahkan UMNO sebagai parti yang yand klas bawahan, tak ada isiu yang hendak di jual kepada rakyat. Jika phak PKR buat perkara ini, ia tidak menjustifikasikan tidakan kita.

Kedua dua cara bukan lah gaya sebuah parti yang hendak menang pilihanraya secara bermaruah.

Saya telah menulis beberapa artikel memberi pandangan saya mengenai PRK HS. Setakat ini ramalan saya mengenai pilihanraya kecil semua betul walaupun ada pihak special branch yang menyatakan sebaliknya.

Saya akan membuat ramalan saya dalam dua tiga hari lagi setelah saya meninjau sendiri dan secara lansung apa yang berlaku di barisan depan. Tapi saya tahu keadaan di KKB tidak memihak kepada BN. Keresahan peneroka Felda jika tidak di di atasi, akan membawa padah kepada kita.

Saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan kekalahan UMNO dan BN. Saya juga telah menulis mengenai bagaimana kita mendekati PRK Hulu Selangor ini dengan kaedah yang salah.

Jika orang tidak keluar mengundi, itu pun satu lagi bencana kepada kita. Di kalangan orang Melayu, mereka mahukan calun yang boleh menyedekahkan fatihah bila mereka mati. UMNO sekarang berkerja keras untuk Kamalanathan di terima oleh pengundi Melayu.

Antara kaedah yang salah ialah berkempen menyerang peribadi lawan. Rata rata nya pemidato UMNO mengatakan Zaid kaki minum dan kaki betina. Ini tuduhan yang melantun semula kepada orang UMNO. Hampir semua pemimpin UMNO minum. Ada menteri yang saban malam berkelana di kelab malam hotel Shangrila. Yang kaki judi, bukan kepalang ramai nya. Sebab duit yang mereka dapat duit yang amat mudah di perolehi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...