1Apco = kos membina 2,200 rumah kos rendah


Written by Jayanath Appudurai, CPI 

Pada 13 April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang ditandatangani di antara kerajaan Malaysia dan Apco Worldwide adalah bernilai hampir RM77 juta!

Dikhabarkan bahawa kontrak dengan Apco1 dimeterai untuk “perkhidmatan hal ehwal awam kerajaan” dan “komunikasi strategik, perhubungan awam dan media”.

Apakah ini bermakna tugas ‘perhubungan awam’ kerajaan yang lazimnya dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi telah diambilalih Apco?

Apakah tanggungjawab Wisma Putra dalam menguruskan hal-ehwal luar negara, khususnya dalam konteks ini dengan Amerika Syarikat, telah di‘out-source’ kepada Apco?

Apa jua alasan yang diberikan, kita nampak gayanya wang rakyat telah digunakan untuk memperkasakan imej Perdana Menteri dan kerajaan.

Peraturan perolehan kerajaan

Adakah peraturan perolehan kerajaan dipatuhi oleh Jabatan Perdana Menteri dalam memperolehi perkhidmatan pakar runding Apco?

Mengikut peraturan perolehan yang dikuatkuasa oleh Kementerian Kewangan, beberapa peraturan harus dipatuhi sebelum sesuatu perkhidmatan diperolehi.

Arahan Perbendaharaan [AP] 2 mengenai Perolehan dan Kontrak cukup jelas tentang dua perkara (saya telah gariskan usul yang wajar diberi penekanan):

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...