Tiga agenda utama Zaid untuk rakyat


Oleh Fazy Sahir, Free Malaysia Today

KUALA KUBU BARU : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan tiga agenda utama perubahan yang ingin dilaksanakan di Hulu Selangor sekiranya dipilih mewakili rakyat di kawasan itu dengan menyelesaikan isu pemilikan tanah Felda.

Melalui pengalamannya menjadi Menteri Undang-Undang sebelum ini, beliau yakin mampu untuk memastikan para peneroka Felda mendapat hak pemilikan tanah yang sepatutnya.

Dengan menyelesaikan masalah tersebut, beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri campur tangan dalam menghadapi kerenah birokrasi yang menyulitkan isu tersebut.

Selain itu, dua agenda lain turut menyentuh kepentingan anak muda dan isu keperluan air percuma setelah perbincangan dan dipersetujui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Apa-apa yang nak saya laksanakan saya mesti berbincang dengan Tan Sri Khalid,” katanya.

“Sekiranya tiada sokongan rakyat, maka semuanya tidak akan berjaya,” katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR Hulu Selangor di sini semalam.

Melihat situasi perpindahan anak muda ke kawasan bandar, beliau mahu memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk rakyat khususnya golongan terbabit di kawasan itu.

Selain itu, beliau juga mahu ekonomi penduduk-penduduk di Hulu Selangor dipertingkatkan.

Pusat utama pelancongan hijau

“Golongan belia adalah masa depan Hulu Selangor, tetapi mereka meninggalkan kawasan ini kerana kekurangan peluang pekerjaan.

Maka kita mesti menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin yang dilihat seperti bandar terbiar menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan kebudayaan di Selangor,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...