Bantah Campurtangan Rosmah, Penerbit NTV7 Letak Jawatan..


Penerbit Buletin dan Isu Semasa ntv7, Joshua Wong meletak jawatan sebagai protes kerana ntv7 tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Joshua Wong yang bertanggungjawab dalam rancangan forum Editor’s Time (Mandarin), merasakan autonomi editorial tercabul apabila menerima arahan “Tiga Jangan”.

Arahan “Tiga Jangan” ini termasuklah, jangan membincangkan isu politik, jangan mengundang panelis dari pembangkang dan jangan membincangkan isu PRK Hulu Selangor.

Rancangan Editor’s Time yang hanya dimulakan baru-baru ini terpaksa ditarik dan menggugurkan isu politik, lantaran daripada tekanan politik yang dihadapi. Penerbitnya, Joshua Wong mengambil keputusan meletak jawatan pada 20 April, untuk mempertahankan prinsip kebebasan media.

Joshua Wong, juga seorang pensyarah (part-time) di Kolej New Era, memanggil satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor untuk membuat pendedahan tersebut pada pagi ini. Turut hadir untuk memberi sokongan termasuklah ibu bapanya, kolumnis, dan penuntut dari Kolej New Era.

Read more at: Merdeka Review



Comments
Loading...