Layakkah Kamalanathan Menjadi Pemimpin?


Orang jujur tidak sama sekali akan cuba memperbodohkan anda semua.

By From Vehicles to Life

Tinggal beberapa hari sahaja lagi PRK untuk parlimen Hulu Selangor. Tinggal beberapa hari saja lagi pengundi – pengundi di kawasan parlimen tersebut akan memilih siapa yang bakal menjadi ahli Parlimen untuk kawasan tersebut.

Namun sebelum anda semua membuat keputusan untuk memilih, cuba anda semua fikir secara tenang. Sekarang di mata anda ada dua orang yang bakal mewakili suara anda ke Parlimen. Seorang yang bernama Zaid Ibrahim yang mengaku kesalahan beliau yang meminum arak ketika waktu mudanya. Seorang lagi yang bernama Kamalanathan yang menipu anda tentang pendidikan yang diperolehi oleh beliau kononnya yang diperolehi di Edith Cowan University yang berpengkalan di luar negara.

Baik, sekarang cuba kita fikir secara mendalam. Dia telah menipu tentang status pendidikan dia secara terang – terangan. Apakah anda semua pengundi parlimen Hulu Selangor yakin dengan janji – janji yang dia telah war – warkan? Apakah anda semua yakin yang dia Kamalanathan akan menunaikan janji kempen ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor?

Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/04/layakkah-kamalanathan-menjadi-pemimpin.html



Comments
Loading...