Najib, Jangan Berseronok Lagi


Apa pun tahniah kepada Bn kerana telah berjaya menipu Melayu dan sekali gus memenangi PRK Hulu Selangor. Tapi satu persoalan yang harus ditanya kepada diri mereka sendiri. Cukupkah kemenangan dengan majoriti 1,000 lebih sahaja. Sedangkan beratus juta telah dirasuahkan kepada pengundi – pengundi di kawasan Hulu Selangor namun hasilnya amat menyedihkan.

By From Vehicles To Life

Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.

Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama – sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas – pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?

Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.

Read more at: Najib, Jangan Berseronok Lagi



Comments
Loading...