SALUT PADA PEJUANG – SEJARAN HULU SELANGOR ( Bahagian 1)


Tahun 2010 sejarah berulang lagi. Kali aku di Kuala Kubu Baru untuk menerangkan kepada warga Hulu Selangor bahawa ejen ejen Zionis Isreal telah mula meresap sekali lagi ke tanah air kita. Kalau dulu ejen zionis menyerap masuk melalui  susuk Henry Gurney – kali ini ianya meresap dan merayap masuk diatas  jemputan United Malays National Organisation.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais 

Kempen politik sedang berjalan rancak di Hulu Selangor. Petang itu suhu alam di Kuala Kubu Baru agak panas lalu aku mencelah ke lereng bukit menuju ke arah Bukit Frazer.  Wilayah yang sejarahnya  dimiliki oleh budaya kiri. 

Sesiapa yang  ada yang membaca buku sejarah pasti akan bertemu dengan ‘babak’  selekoh Bukit Frazer – Henry Gurney, Ulu Yam dan Batang Kali. 

Batang Kali,  sejarahnya samalah seperti My Lai Massacre di Vietnam – dimana orang-orang  kampong telah disusun berbaris  kemudian di tembak mati seorang demi seorang kerana menyokong perjuangan anti kolonial. 

Warga di sekitar kawasan  lereng pergunungan ini kebanyakan menyokong perjuangan kiri – Kelumpang, KKB, Behrang, Slim River – semuanya memiliki sejarah kiri yang merah. Hanya kolonial British meletakan kawasan ini sebagai kawasan hitam – hitam untuk penjajah – merah untuk rakyat.

Manakala, disalah satu selekoh di jalan Bukit Frazer ialah tempat terkuburnya Henry Gurney. Henry Gurney ini adalah orang jahat. Di Palestine, susuk ini menjadi setiausaha kerajaan kolonial  British Mandate ( 1946-1948 ). Orang jahat ini juga pernah bertugas di Afrika sebelum menjadi wakil  kolonial British di Tanah Melayu.

Di lereng Bukit Frazer  orang jahat ini  telah di tembak mati oleh Gerila Pembebasan Rakyat Malaya dibawah pimpian Parti Komunis Malaya. Justeru setiap kali aku melintasi lereng Bukit Frazer aku akan bersurah kepada sesiapa sahaja yang duduk disebelah aku tentang babak bersejarah  yang amat membanggakan ini.

Pada tahun 1971 bila aku mula berkenalan dan jatuh cinta dengan perjuangan rakyat Palestin aku terbaca bagaimana gembiranya rakyat Palestin apabila mendapat tahu yang Sir Henry Gurney telah ditembak mati. Ertinya  ada pertalian darah yang amat   intim antara Palestine dan Tanah Melayu.

Bukit Frazer di kaki banjaran Titiwangasa sebelah barat  – pergununagn ini   bersambung ke Pahang –  ke Temerloh dan Lubuk Kawah.  Lubuk Kawah adalah wilayah kelahiran Regimen Ke 10 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya.  Gunung ganang ini tidak dapat memisahkan setiakawan dan solidariti kaum tani progresif Melayu di Temerloh  dengan kaum kiri  buruh China di Batang Kali.  Justeru bila aku datang ke KKB – aku hanya mengulangi pejalanan sejarah kiri yang gilang gemilang itu.

Setiakawan  bangsa-bangsa amat ketara di wilayah ini. Solidariti ini berjalan dari awal lagi – dibakar – dicair dan di pahat di zaman menentang kolonial. Hulu Selangor adalah wilayah Ahmad Boestaman, wilayah Pak Sako. Di awal permulaam Perang Kolonial 20 Jun 1948 – ratusan Melayu Kiri di tahan di wilayah ini.  Baca kembali sejarah – maka kita aka berbangga dengan warga Hulu Selangor.

Tahun 2010 sejarah berulang lagi. Kali aku di Kuala Kubu Baru untuk menerangkan kepada warga Hulu Selangor bahawa ejen ejen Zionis Isreal telah mula meresap sekali lagi ke tanah air kita. Kalau dulu ejen zionis menyerap masuk melalui  susuk Henry Gurney – kali ini ianya meresap dan merayap masuk diatas  jemputan United Malays National Organisation.

Zionis Isreal sekarang telah memasang jerangkap yang  bertahan lama bukan  sahaja dalam pentabiran kerajaan malah ianya meresap hingga ke struktur pertahanan dalaman negara kita. 

Justeru sesiapa yang hadir dan bekerja di PRK Hulu Selangor minggu lalu sebenarnya  kita sedang meneruskan tradsisi melawan penjajah. Kalau dulu PKM membunuh dan membasmi Henry Gurney  yang menjajah Palestin –  kali ini kita berjuang untuk membasmi – APCO-UMNO – zionis international dan zionis tempatan. 

Petang itu aku ingin ke Pertak untuk merendamkan  badan dicelah celah limpahan sejuk air  gunung yang kini menjadi tadahan empangan besar.  Meninggalkan pekan KKB – aku memasuk wilayah  hutan yang redup. Kemudian  di kaki bukit kereta kami  ditahan oleh satu  pasokan  polis yang lengkap bersenjata. Ini mengingatkan aku kepada  apa yang terjadi di Isreal di mana saban hari warga Gaza akan dihantui oleh pelbagai  bentuk ‘road block ’.

Road Block ini adalah senjata yang telah digunakan oleh  British untuk memagar anak-anak negeri di tanah tanah jajahan dari bebas bergerak. Di zaman perang Kolonial Anti-British di Tanah Melayu dahulu bukan sahaja road block diwujudkan malah pekan pekan kecil dan kampong kampong baru juga dipagar dengan kawat berduri. 

Jentera  kolonial British sesudah perang dunia kedua telah menggunakan pelbagai  teknik untuk menundukkan rakyat Palestine agar menerima kewujudan  Zionist Isreal  untuk menduduki tanah Palestin pada tahun 1948.  Penjajah British telah mengumpulkan pengalaman menjajah Arab  di Palestine kemudian membawa teknik menjajah  ini ke Tanah Melayu.

Dalam tahun  1948 yang sama ,  kolonial British telah melancarkan Perang Kolonial di Tanah Melayu.  Lihat bagaimana pegawai kolonial British  yang telah pernah bertugas di Palestine telah membawa pengalaman mereka menindas warga Arab  untuk menindas orang Melayu.  Kerana itu apabila Henry Gurney di bunuh di Bukit Frazer, warga Palestine bersyukur gembira.

Sejarah berulang sekali lagi. Hari ini APCO adalah badan zionist yang diupah untuk menasehatkan  pentabiran regime Najib Rosmah. Tidak dapat tidak APCO ini memiliki strateji bejangka lama. Waspada ! Gerakan Zionist antarabangsa adalah anai-anai – licik dan tersusun.

Kereta yang aku tumpangi – satelah dipereksa – dibenarkan begerak. Kami terus meluncur mendaki jalan berliku-liku ke arah pegunungan  Bukit Frazer.

 



Comments
Loading...