Masa Depan UMNO


Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?

Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.

UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.

Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.

Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...