Alamak, apa terjadi kepada pengundi di Wangsa Maju?


Baru-baru ini, saya menerima khabar bahawa mungkin ada perubahan dalam pengundian Kerusi Parlimen P116 yang telah dimenang tipis oleh calon PKR, YB Wee Choo Keong pada tanggal 8 March 2008.

By Lee Wee Tak

Salah satu khabar angin nan sya terima adalah bahawa mungkin Taman Melati sehingga ke Setapak Garden akan dipecahkan dan dijadikan kerusi parlimen yang baru. Setapak Garden itu jika tak silap saya kawasan majoriti pengundinya kaum Cina.

Jika tujuan pemecahan ini adalah kerana meringankan beban wakil rakyat terhadap begitu ramai pengundi, saya setuju. Bahkan ramai yang menduduki kawasan Wangsa Maju terdiri daripada pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman dan UNITAR serta ramai lagi perantau yang cari makan di ibu kota yang besar kemungkinannya mengundi di tempat lain.

Menurut sumber ini jumlah pengundi berdaftar di Wangsa Maju adalah 54,509.

http://thestar.com.my/election/maps/

Begitu juga untuk kawasan Seputeh (jumlah undi 76,891), Cheras (jumlah pengundi 68,725).

Jika Putrajaya (jumlah pengundi 6,608) diperuntukan seorang ahli Parlimen, maka Wanga Maju, Seputeh dan Cheras memerlukan sekurang-kurangnya 7 orang YB untuk setiap kawasan tersebut.

Dalam kanta mata rakyat bukan pengundi Putrajaya, kerusi Putrajaya bermaksud bahawa pegawai-pegawai kerajaan berkantor hawa dingin, bermangkuk nasi besi, berpencen dan layak menerima layanan khas rawatan hospital awam serta Keretapi Tanah Melayu perlu perhatian khas seorang YB serta seorang Menteri Wilayah Persekutuan. Wah, nilai pengundi di situ….memang bertuah……

Saya harap pihak Parlimen dan SPR dapat melihat keperluan dan kewarasan melayan rakyat Malaysia secara adil. Jika tidak, laungan 1Malaysia itu mungkin boleh dipertikaikan sebagai setakat omong kosong sahaja.

Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2010/05/alamk-apa-terjadi-kepada-pengundi-di.html



Comments
Loading...