Keputusan tidak rasmi: DAP menang majoriti 2,651


(Utusan Malaysia) – Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 2,651 undi.

Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak memperoleh 18,775 undi manakala Robert Lau 16,124 undi manakala Narawi hanya memperoleh 196 undi.

Narawi juga hilang wang pertaruhan.



Comments
Loading...