Dr Zul: Tanpa Islam, PAS sama seperti UMNO – BUM 2010


by Dr. Dzulkefly Ahmad

Laporan BigDog di http://bigdogdotcom.wordpress.com menguja saya untuk menulis ringkasan ini.

Saya hadir sebagai seorang panelis dalam pertemuan BUM 2010, Sabtu lalu, 22 Mei serta berkongsi pentas bersama YB Teresa dan Uthayakumar, Protem Sec-Gen Hindraf dengan bertajuk “Bloggers’ Role in Bridging Religious Divide”. Tidak mudah untuk seorang ahli politik untuk menerima ‘engagement’ sprti ini kerana terdedah kpd pelbagai risiko, dan kumpulan bloggers merupakan satu kelompok manusia yg paling sukar untuk didepani dan dimenangi. Itulah keunikan dan kelebihan mereka sebagai unsur penyemak-imbang kpd golongan ‘berkuasa’ -siapa pun mereka.

Tidak bertujuan untuk memenangi hati-budi bloggers dan bukan juga untuk ‘berdakwah’ dari fahaman yang konvensional atau ‘proselytizing’, saya memang selesa dgn cabaran sebegini dan tidak kira datang dari mana ‘divides’ sekali pun atau julat ‘ideological milieu’ mereka. Komitmen saya ”Never fear to engage but never engage out of fear”, meletakkan diri ini tidak takut untuk diserang, dikritik atau dituduh dgn pelbagai tohmahan.

Berlaku adil kpd tajuk, telah saya cuba berikan perspektif benarkah wujud ‘religious divide’, apakah sebabnya pencetusnya, apakah ianya satu yg parah di negara ini? Ini antara persoalan telah cuba dikupas secara separa-ilmiah. Kemudiannya saya lontarkan kpd bloggers apakah bloggers akan menjadikan suasana lebih baik (better off) atau lebih buruk (worse off) atau tidak meninggalkan apa2 kesan yakni status-quo, ada atau tak ada bloggers. Conth2 telah diberikan dalam kesemua senario.

 



Comments
Loading...