PKR Teruskan Legasi Wanita Sebagai Presiden?


(Free Malaysia Today) – Dalam kehangatan persidangan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung, timbul pula desas desus siapa bakal pengganti bagi jawatan presiden parti nanti.

PKR kini diterajui Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala jawatan Ketua Umum disandang suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru itu, sesuatu yang menarik timbul apabila persoalan sama ada harus dilantik seorang wanita lain bagi meneruskan legasi wanita bagi jawatan tersebut.

Free Malaysia Today berjaya mendapatkan beberapa pandangan daripada beberapa pimpinan tertinggi sayap wanita yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan itu sekiranya berlaku peralihan kepada tampok kepimpinan tertinggi parti itu.

Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin menyifatkan desas-desus tersebut hanyalah mainan politik dalaman parti dan menganggapnya sebagai gurauan sahaja.

Beliau berpendapat jawatan tersebut perlu dipikul oleh seorang individu yang berkelibar, lebih dari kaitannya dengan soal gender.

“Kita lihat bagaimana individu tersebut layak memimpin parti. Soal wanita terus menjadi presiden tidak timbul kerana yang penting individu tersebut mempunyai kualiti untuk terus kekal.

“Pada saya jika mahu meletakkan wanita tetapi tiada kelebihan tidak boleh juga…….kita lihat pada merit dan kebolehannya,” kata Ahli Parlimen Ampang tersebut.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...