53 NGO sudah sertai GMJ bantah judi bola


(Harakahdaily) – Sebanyak 53 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat nasional dan negeri sehingga kini telah menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010.

Sehubungan itu, Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat (gambar) mengalu-alukan semua NGO seluruh negara seperti pertubuhan masyarakat, sukan, kebajikan, penduduk, politik, remaja, wanita dan lain-lain yang membantah judi sukan untuk menyertai GMJ sama ada di peringkat negeri atau nasional.

Katanya, kemuncak kepada bantahan itu adalah Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Mansuhkan Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini di ibu negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada GMJ Kedah yang dipengerusikan oleh oleh Nasir Zakaria yang telah menubuhkan gerakan rakyat di peringkat negeri itu.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang telah bersetuju bersama dalam GMJ Kedah,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Setakat ini, katanya pertubuhan politik yang telah bersama GMJ adalah Pemuda PAS, Pemuda DAP, Pemuda PKR (AMK) dan Pemuda Gerakan.

“Penglibatan daripada NGOs dan parti politik khususnya anak muda sangat-sangat digalakkan,” ujarnya.

Beliau juga menasihatkan kepada semua negeri menubuhkan GMJ di peringkat negeri-negeri.

Bagi memudahkan sebarang penubuhan GMJ di peringkat nasional dan negeri, beliau menyenaraikan wakil-wakil GMJ iaitu beliau sendiri di talian 019-7285174, Johor – Faizi (019-7701830), Melaka – Kamal (013-6643574), Negeri Sembilan – Khairil Anwar (017-2138834), Selangor – Habullah (012-2917011), Perak – Zawawi (013-5908377), Pulau Pinang – Yusni (019-4500660), Perlis – Yakob (019-4574652), Pahang – Suhaimi (019-9319231), Terengganu – Mohd Nor (013-9818195), Kelantan – Abd Latif (019-9565665), Kedah – Nasir (019-2110389), Sabah – Lahirul (019-3692587) dan Sarawak – Abang Eddy (016-8905446).

 



Comments
Loading...