Kita akan diaibkan – Keputusan Pilihanraya 1969 akan berulang?
Aspan Alias
Dalam pilihanraya 1969 dahulu PERIKATAN telah tewas dalam banyak kawasan Parliament dan Dewan Undangan Negeri-Negeri dan pilihanraya ini merupakan pilihanraya yang paling getir bagi sejarah PERIKATAN yang membawanya kepenghujung kewujudannya.
DiSelangor Dato Harun Idris hampir gagal menubuhkan kerajaan PERIKATAN Selangor kerana kekurangan kerusi yang dimenangi. Kerajaan negeri Selangor hanya boleh menubuhkan Kerajaan negeri kerana campur tangan DYMM Sultan Selangor mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri.
Jika keadaan yang sama berlaku pada pilihanraya yang akan datang ini,ianya tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana peruntukkan perlembagaan itu telah dipinda pada tahun 1993 dahulu semasa krisis perlembagaan yang negara hadapi semasa itu.
Semenjak pilihanraya umum Persekutuan diadakan selepas mencapai kemerdekaan, PERIKATAN yang ditunjangi oleh UMNO mendapat sokongan dari tiga kaum terbesar, Melayu, Cina dan India.
Orang Melayu dan UMNO semasa itu sangat rendah taraf ekonominya dan perbelanjaan pilihanraya dan urusan parti terpaksa bergantung kepada sumber kewangan dari orang Cina dan MCA.
Apabila orang Cina menarik sokongan kepada PERIKATAN, maka UMNO terkapai-kapai dan telah banyak kehilangan kerusi Parlimen dan kerusi Dewn-Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
MCA sendiri telah kecundang dalam banyak kerusi kerana pengundi-pengundi Cina telah memberikan sokongan kepada DAP dan sebuah parti yang baru ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas iaitu parti Gerakkan.
Pulau Pinang telah dapat ditawan oleh Gerakkan dan menubuhkan kerajaan pembangkang yang diterajui Gerakkan. Gerakkan kemudiannya mnyertai BN yang dilahirkan oleh Tun Razak pada tahun1974.
Oleh kerana berlakunya peristiwa berdarah tiga hari selepas pilihanraya itu (13hb Mei) maka Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan negeri seluruh negara telah digantung dan negara telah diletakkan dibawah pentadbiran Majlis Gerakkan Negara mengikut peruntukkan ordinan dharurat yang terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan.
Apakah sebenarnya yang menyebabkan kekalahan teruk PERIKATAN didalam pilihanraya umum 1969 itu?
Penyebab kepada kekalahan PERIKATAN dalam pilihanraya itu adalah banyak dan waktu dan masa tidak dapat memuatkan segala-galanya dalam tulisan dan posting yang pendek ini.
Kali ini biarlah kita sentuh tentang sebab=sebab yang penting sahaja yang kita perlu mengetahui untuk kepentingan kita orang Melayu dalam menghadapi krisi keyakinan yang sedang kita hadapi sekarang.
Orang Melayu sudah mula merintih kerana masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding dengan bangsa-bangsa asing walaupun kita telah mereka selama 12 tahun sewaktu itu.
Orang-orang Melayu banyak tinggal dikampong-kampong dan didesa-desa dan cara pengenalan sesuatu kaum semasa itu adalah berdasarkan kepada fungsi ekonomi.
Orang Melayu adalah kaun tani atau bekerja di pejabat-pejabat kerajaan. Melayu petani tinggal dikampong-kampong dan desa-desa.
Orang Cina dikaitkan dengan bangsa yang berniaga dan selalu dipanggil towkay oleh bangsa Melayu dan India. Mereka duduk dibandar-bandar besar dan kechil.
Orang India bekerja sebagai buruh dan ramai diantara mereka tingal dalam lading-ladang kepunyaan orang Inggeris dan syarikat-syarikat besar diseluruh negara. Pangkat yang paling tinggi bagi kaum India didalam lading-ladang tersebut ialah jawatan ‘mandur’ sahaja.