SUPP bakal jadi Gerakan di Sarawak?


Merdeka Review

Biarpun sandiwara Wong Soon Koh ini mengundang “malapetaka” untuk partinya, bahkan kenyataannya yang tidak sesuai selama ini telah mencalar imej partinya, namun Presiden SUPP, George Chan Hong Nam selaku Timbalan Ketua Menteri Sarawak tetap tidak mengambil pendirian selama ini.

Keadaan ini berlaku kerana Wong Soon Koh menyasarkan kedudukan Timbalan Ketua Menteri.  Sikap kedua-dua Wong dan Chan yang mengutamakan jawatan tetapi mengabaikan rakyat ini telah meletakkan SUPP pada satu kedudukan yang lebih genting.

Keberanian kedua-dua mereka untuk memperlekehkan suara rakyat sebenarnya berasal daripada “sokongan rakyat” di kawasan pengundian masing-masing.  Misalnya, biarpun melalui ribut petir PRK Sibu getir, SUPP masih berjaya memperolehi majoriti 866 undi, malah undi Iban dalam pedalaman adalah jaminan untuk mendapatkan pangkat.

Malah, kawasan DUN Piasau yang dikuasai George Chan (gambar kiri)  selama ini, memberikan kemenangan yang amat selesa kepadanya, dengan majoriti 3,918 undi pada pilihan raya negeri tahun 2006.

Dalam keadaan ini, tindak tanduk Wong Soon Koh yang bercanggahan dengan suara rakyat bukan sahaja tidak dihalang, malah digalakkan secara tidak langsung oleh George Chan, mengundang krisis yang lebih besar untuk SUPP.

Pergelutan kuasa dalam parti

Kehilangan lapan kerusi DUN oleh SUPP dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006 telah mencetus pergelutan kuasa dalam parti itu sendiri.  Dari tahun 2007 hinggalah tahun 2009, Wong Soon Koh menggunakan pelbagai taktik untuk menghapuskan puak musuh dalam parti dan memperkukuhkan kedudukan dirinya dalam parti.  Tindakan ini tidak dihalang, malah George Chan selaku Presiden hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri.

Dari pergelutan kuasa dalaman parti, hinggalah pengabaian kepentingan rakyat, memberhentikan peruntukan, mendiamkan diri apabila berdepan dengan dasar yang tidak memihak kepada masyarakat Cina, bahkan menghalang pembangkang untuk bersuara.

Kesemua gejala ini memperlihatkan kerakusan kuasa yang mereputkan SUPP, mencungkil rungutan dan ketidakpuasan di kalangan rakyat.  Selepas kekalahan PRK Sibu, Wong Soon Koh menyasarkan Ting Tze Fui (ADUN Meradong-DAP), mengambil tindakan ke atasnya dengan majoriti mutlak yang dipegang BN dalam DUN Sarawak, menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai di Sarawak.

Pada hakikatnya, persekongkolan antara SUPP dengan kumpulan ekonomi dalam negeri juga memberi kesan kepada kawalan laporan media cetak tempatan.  Pemimpin SUPP sering menyekat ruang untuk mereka yang berbeza pandangan.  Sering kali mereka yang hanya orang bawahan berlagak bertindak untuk tuannya, menelefon ke bilik editor untuk bercampur tangan.  Mereka tidak menghormati profesional dan autoriti bilik media, melempar “label politik” sewenang-wenangnya, malah menekan wartawan yang dilabel sebagai “tidak sehaluan”.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...