Duit kerajaan semakin kering?


By Amin Iskandar

Sejak akhir-akhir ini, kita seringkali terdengar mengenai subsidi yang hendak ditarik, GST akan diperkenalkan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat kelas bawah. Selain daripada itu terdengar juga isu mengenai judi bola yang dihalalkan oleh kerajaan.

Bunyi-bunyi sebegini biasanya kedengaran apabila kerajaan sudah hampir kehabisan wang. Salah satu petanda lagi bahawa kerajaan sudah kehabisan wang ialah apabila desakan keras dibuat agar pesalah-pesalah trafik membayar saman.

Terbaru ialah ugutan terhadap pesalah trafik yang akan disenaraihitamkan walaupun tidak menerima notis saman. Klik disini. Jadi jika anda dengar menteri-menteri berkata bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan baik tetapi perkara-perkara diatas masih tetap berlaku, itu menipu namanya.

Read more at: http://www.aminiskandar.com/?p=2724



Comments
Loading...