Kontraktor Stadium Runtuh Bina Istana Baru


Oleh Jamilah Kamarudin, Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mungkin terancam jika kerajaan terus membenarkan Syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad menjadi kontraktor utama membina istana baru di Jalan Duta, di sini.

Ini kerana syarikat itu merupakan kontraktor utama yang bertanggungjawab dalam pembinaan Stadium Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang menelan belanja RM280 juta, namun runtuh hanya selepas 10 bulan digunakan pada tahun lalu.

Ahli Parlimen DAP-Taiping Nga Kor Ming berkata, perkara ini dijangka akan menimbulkan keresahan jika perkara yang sama akan turut berlaku kepada istana baru itu nanti.

“Kita khuatir akan keselamatan Seri Paduka jika Baginda Tuanku sedang menikmati sarapan pagi dan bumbung istana tiba-tiba runtuh di ruang makan, sama terjadi seperti runtuhnya stadium di Terengganu, ia akan menjadi satu tragedi yang amat memalukan negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Ngar mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dipilih membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Seri Paduka.

“Saya nak tanya Menteri Datuk Shaziman Abu Mansor yang pernah buat kenyataan sebelum ini bahawa kontraktor yang mempunyai masalah akan disenarai-hitamkan dan tidak akan diberi tender projek awam yang lain.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...