Surat Terbuka Kepada Dr. Ridhuan Tee Abdullah


Orang berjalan dua langkah di hadapan, kita masih merangkak dengan Ketuanan.             
Maklumbalas kepada artikle beliau Bahaya Jika Kita Buta Sejarah – Mingguan Malaysia
 

By Jokersland

 
Kerana saya adalah seorang yang kurang berpendidikan, maka saya akan cuba menulis dengan sebaik mungkin untuk memberi maklumbalas saya kepada article doktor.
 
Kerjaya seorang pendidik adalah amat mulia di mana tujuannya adalah untuk menghulurkan segala ilmu pengetahuan yang kita miliki untuk generasi muda kita. Hanya pendidik yang ultra kiasu (pinjam daripada doktor) dan pentingkan diri sendiri mengajar agar generasi muda kita supaya bergerak selangkah kehadapan dan mengambil dua langkah kebelakang.
 
Kita tidak akan menghadapi sebarang bahaya jika kita buta sejarah. Dalam penulisan sejarah ada banyak percanggahannya yang ditulis oleh para penulis sasterawan sejarah yang berlainan pendapat. Pada ketika kita masih hidup dan dapat melihat apa yang berlaku di sekeliling kita, terdapat pun pendapat dan penulisan yang berbeza, apatah lagi apa yang ditulis pada masa zaman purba yang kita tidak dapat melihat.
 
Bahasa Kebangsaan tidak akan hilang di dunia ini dengan belajar bahasa asing sebagai bahasa sampingan. Menguasai banyak bahasa adalah satu kelebihan dan boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk kemajuan sesebuah negara. Banyak bahan rujukan terutama dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak dapat diperolehi dalam Bahasa Melayu seperti di Wikipedia. 
 
Memiliki satu set encyclopedia adalah menjadi idaman dan d iluar kemampuan keluarga pada zaman muda saya. Tetapi Wikipedia pada hari ini menyediakan kita dengan sebuah encyclopedia secara percuma dalam lebih daripada 250 bahasa, dengan artikle yang disumbangkan oleh para akademik dari seluruh benua. Pada bulan Januari 2010 sahaja, laman web ini dikunjungi oleh sebanyak 68 juta pembaca untuk mendapatkan bahan rujukan. Tetapi sayang seribu sayang, laman dalam Bahasa Melayu entah sudah berapa bulan tidak ada satu pun artikle baru. Artikle yang ada pun pada ketika ini adalah pendek dan tidak lengkap. Kemanakah hilangnya para akademik ultra kiasu seperti Dr. Ridhuan yang numero uno memperkasakan Bahasa Melayu? Bagaimana kita hendak memperkasakannya kalau kita kurang maklumat rujukan? 
 
Saya ambil negara Saudi Arabia sebagai contoh di mana sejarah undang-undang Islam yang konservatif masih digunakan secara meluas pada hari ini. Kalau mahu mengikut sejarah, kerajaan Saudi tidak dapat membina sebuah universiti yang serba canggih dengan dana sebanyak USD10 billion yang menjadi kebanggaan negara-negara Islam pada hari ini. King Abdullah University of Science and Technology (KAUST) yang dibuka secara rasminya pada September 2009. 
 
Banyak undang-undang Islam terpaksa diketepikan oleh kerajaan Saudi agar universiti ini dapat bersaing di arena antarabangsa dan dapat mengeluarkan para intelek yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara Saudi. Kerajaan Saudi mencari di seluruh pelusuk dunia untuk mendapatkan khidmat para akademik yang diikhtiraf dunia dari ketua faculti dan pensyarah. Akhirnya mereka mengambil rakyat jiran selatan yang selalu dilabelkan oleh Dr. Ridhuan sebagai ultra kiasu En. Shih Choon Foong (Encik sahaja dan tiada pun gelaran Doktor) sebagai Pengasas Presiden KAUST. Kenapa Saudi Arabia, sebuah negara Islam yang konservatif, boleh pilih orang ultra kiasu berbangsa Cina sebagai pengasas KAUST dan tidak pula orang seperti Doktor yang numero uno dalam Islam sebagai pengasasnya? 
 
Bukankah hairan bin ajaib Dr. Ridhuan? Tepuk dada tanya selera, adakah kemungkinan jika kita mengambil seorang bangsa asing untuk mengetuai salah sebuah universiti kita? Satu soalan dari otak udang. Dunia bukannya statik dan sejarah selalu berubah mengikut arus semasa. Bagaimana sesebuah negara hendak berjaya jika kita enggan menerima hakikat sebenarnya? Orang berjalan dua langkah di hadapan, kita masih merangkak dengan Ketuanan.            


Comments
Loading...