Zaid Ibrahim nafi tuduhan tidak main dalam satu pasukan


PRK Hulu Selangor menjadi pertarungan yang penting untuk Zaid Ibrahim, sebagai penentu kedudukannya dalam parti pada masa yang akan datang.  Malah, ada yang mendakwa bahawa ketewasannya terus memalapkan masa depannya dalam parti.

Lim Hong Siang, Merdeka Review

Isu minum arak semestinya bukan sesuatu yang baru buat Zaid Ibrahim.  Bagaimanapun, isu ini tidak dipermainkan dalam PRU ke-11, ketika beliau bertanding di kawasan parlimen Kota Bahru, menentang lawannya dari PAS.

Namun demikian, tuduhan kaki botol, isu memiliki kuda lumba dibadai sehabis-habisnya ke atas Zaid Ibrahim, dalam PRK Hulu Selangor pada April 2010, apabila beliau masuk ke gelanggang menyarungkan jersi PKR.

Beliau sendiri mengakui kesukaran yang dihadapinya, sebagai calon pembangkang, “Sukar…, kerana sistemnya sebegitu.  Media dikawal oleh mereka (Barisan Nasional), proganda, pembohongan…diserang ke atas saya.”  Kesimpulannya, gelanggang yang tidak sama rata.

Tidak main dalam pasukan?

Realiti sedemikian adalah pengetahuan am untuk kebanyakan orang yang celik politik tempatan.  Ia adalah kelumrahan, dan bukannya cabaran baru untuk pembangkang setiap kali berdepan dengan pilihan raya.  Apa yang “baru” selepas PRK Hulu Selangor adalah, apabila sesetengah anggota parti mula melontarkan tuduhan bahawa Zaid Ibrahim tidak bermain dalam satu pasukan, dalam pertarungan sengit untuk mempertahankan kerusi PKR di Hulu Selangor.

“Kamu tanyalah sendiri, mengapa perlu saya buat demikian?  Adakah ia sesuatu yang masuk akal untuk kamu?”  Zaid Ibrahim (gambar kanan) menafikan tuduhan, berulangan menegaskan bahawa tuduhan ini langsung tidak masuk akal.

“Kamu sebagai seorang calon, kamu tidak mahu sokongan orang lain.  Adakah ia masuk akal?”  Beliau menyambung, “Jadi, (tuduhan) ini hanyalah pembohongan.  Orang ini (yang buat tuduhan) tidak menyokong saya.  Mereka cuba untuk sabotaj.”

Wartawan menyusul soalan dengan mengatakan bahawa Zaid Ibrahim didapati tidak menghadiri sidang media atau aktiviti yang dijadualkan pasukan kempen PKR, sehingga mencungkil rungutan sesetengah wartawan yang membuat liputan dalam PRK Hulu Selangor.

Lantas Zaid Ibrahim mencelah, “Tak, kamu tak boleh menilai satu pilihan raya dengan media… Hanya kerana mereka (pasukan kempen) mengadakan sidang media pada jam 11 pagi, saya perlu berada di sana setiap hari.”

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...