Kementerian Pelajaran belanja lebih RM16 bilion hingga Mei


Oleh Fazy Sahir, Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya melaksanakan 8,870 projek sehingga 15 Jun tahun ini yang tertakluk dibawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan peruntukan sejumlah RM26,093 bilion.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dibawah Pakej Ransangan Ekonomi itu sebanyak 15,324 projek termasuklah 808 tambahan projek diperuntukan kepada KPM untuk dilaksanakan.

Namun baki 5,312 projek masih dalam peringkat pelaksanaan untuk dijayakan kelak, manakala 942 projek yang lain akan disambung ke RMK-10.

Tambahnya bagi prestasi perbelanjaan KPM membelanjakan sebanyak RM16,668 bilion sehingga 31 Mei 2010.

“KPM sudah membelanjakan RM16,668 bilion iaitu 85.12 peratus daripada keseluruhan syiling yang ditetapkan dan dijangka akan membelanjakan keseluruhan peruntukan tersebut menjelang tahun ini,” katanya ketika ucapan penggulungan berhubung perlaksanaan RM-9 di Dewan Rakyat disini, hari ini.

Beliau yang lebih setahun menjadi Menteri di KPM berpendapat sistem pendidikan negara perlu dinilai dan dirombak seiring dengan Plan Transformasi Negara demi mencapai modal insan yang bertaraf dunia.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...