Apakah K’jaan akan kerugian RM500 juta dalam pembelian 38 EMU 6 gerabak?
Dr Dzulkefly Ahmad
Mengapa Kementerian Pengangkutan membeli 38 tren elektrik enem gerabak (EMU) dari syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive Co. Ltd (China) dengan harga RM1,824 bilion secara runding langsung atau RM500 juta lebih mahal dari asal tender sebelumnya.
Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT) kepada soalan tambahan YB Tumpat tentang ‘refurbishment’ atau menaiktaraf koc lama Eletric Multiple Unit (EMU) milik KTMB tidak dijawab oleh Timbalan Menteri. Menariknya, Timbalan Menteri terus menerangkan tentang pembelian 38 EMU 6 gerabak dari sebuah consortium katanya dari negara China (tidak disebut namanya) dengan harga RM1.8 bilion.
Saya gagal untuk mendapatkan soalan tambahan kedua dari Speaker, setelah YB Parit Sulong diberikan laluan tersebut. Saya ingin mempertikaikan jawapan kementerian, sekaligus mendedahkan bagaimana dengan pembelian rundingan langsung ini, kerajaan akan membayar pembelian ini dengan bayaran sehingga RM500 juta lebih tinggi dari sepatutnya.
Ringkasan cerita: