Bala masih harap SPRM ubah fikiran, muncul 5 Julai


(TMI) KUALA LUMPUR, 1 Julai — P Balasubramaniam masih berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji semula keputusannya yang membatalkan rancangan untuk menemui detektif persendirian itu di London bagi mendapatkan keterangan terbaru berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Walaupun SPRM telah mengubah pendirian atas nasihat Jabatan Peguam Negara, peguam Balasubramaniam Americk Sidhu berkata, pihaknya masih bersedia untuk menemui pegawai-pegawai suruhanjaya itu secara bersemuka minggu depan.

“Kami, bagaimanapun berhasrat untuk menemui (pegawai SPRM) di tempat yang telah dijanjikan dan pada masa yang dijanjikan, dan kami akan menunggu kehadiran pegawai-pegawai anda mengikut pelan asal.

“Anda boleh mempertimbangkan semula pendirian anda dan datang pada hari berkenaan.

“Kami sentiasa bersedia untuk memanjangkan kerjasama penuh kami kepada anda,” kata beliau dalam emel yang dihantar kepada pegawai penyiasat Penguasa Kanan Abdul Rahman Bachok hari ini.

Americk berkata, beliau berharap Abdul Rahman akan memanjangkan kandungan emel itu kepada pegawai-pegawai kanan untuk pertimbangan mereka.

Dalam emel itu Americk sekali lagi melahirkan kekecewaan dengan keputusan SPRM semalam.

Americk melahirkan kecewaan mereka dalam respons malam tadi.

Sementara itu, SPRM menerusi emel Abdul Rahman memaklumkan keputusan yang diumumkan semalam.

“Kami berminat untuk mengemukakan beberapa soalan menerusi pejabat bagi pelanggan anda jawab dalam bentuk kenyataan bersumpah ataupun afidavit,” katanya.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bala-masih-harap-sprm-ubah-fikiran-muncul-5-julai/



Comments
Loading...