Hanya yang dayus dan bacul saja sokong Anwar
Ezam dengan gagahnya juga telah berkata “Bagi saya Raja Perta merupakan lelaki yang penakut dan bacul kerana tidak bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan kenyataan yang dibuatnya,” ketika diminta mengulas pertemuan Penyelaras Pakatan Rakyat, Dato Zaid Ibrahim dengan Raja Perta di London baru-baru ini
by Anak Sungai Derhaka
Raja Petra satu nama yang sinonim dengan Pakatan Rakyat dan tidak perlu diperkenalkan lagi tiba-tiba muncul kembali menjadi perhatian 1Malaysia.
Namanya muncul kembali dipersada media-media UMNO/BN setelah Dato Seri Zahrain Hashim dengan bangganya membuat pendedahan yang kononnya menggemparkan padahal tak gempar langsung.
Dalam satu sidang medianya minggu lalu Ahli Parlimen Bayan Baru ini dengan bangganya telah mendedahkan yang Penyelaras Pakatan Rakyat Dato Zaid Ibrahim telah menginap di Hotel Britannia bersama dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu.
Ahli Parlimen Bayan Baru ini juga telah menggesa pihak SPRM menjalankan siasatan akan pertemuan ini.
Reaksi Dato Zaid Ibrahim tentang pendedahan yang menggemparkan bagi Zahrain sila baca di SINI.
Selang beberapa hari kemudian setelah gambar Raja Petra dan Dato Zaid Ibrahim terpampang di Malaysia Today muncul pula Hishamuddin yang berkata “Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra?
Hishammuddin yang kehairanan bagaimana Raja Petra boleh keluar Negara tetapi tidak menyatakan kehairanannya bilamana ribuan warga asing berjaya masuk dan keluar dari Negara ini tanpa saluran yang sah juga berkata pihak berkuasa tidak mempunyai laporan bagaimana Raja Petra ke luar negara sedangkan pasportnya telah diserahkan. Berita penuh sila baca di SINI.
Dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah membuat ulasan tentang Raja Petra, katanya beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin yang kini melarikan diri ke London.
Najib yang seakan-akan sudah tahu apa pendedahan yang akan dibuat oleh Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam dan pasti akan disiarkan oleh Raja Petra didalam Malaysia Today telah membuat kenyataan sebagai persediaan awal mempertahankan dirinya telah berkata “ rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan.” Berita penuh sila baca di SINI.
Dan Senator Ezam juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Najib sebagai membalas budi Najib yang telah memungutnya dan melantik beliau menjadi Senator didalam kabinet Najib.
Ezam yang kini telah menjadi dayus dan bacul apabila beliau tidak lagi berani bersuara tentang isu rasuah, kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dan berbagai lagi yang berada dibawah kepimpinan Najib juga telah mendakwa hanya yang bacul dan dayus sahaja menyokong Anwar.