Apa Yang Najib Buat Untuk Malaysia?
Najib sama macam Pak Lah. Apa yang dirancang tiada satu pun dilaksanakan. Kalau dilaksanakan pasti akan ditarik balik atau belum muktamad.
By From Vehicles to Life
Sepanjang pemerintahan Najib cuba kita renungkan kembali, duduk sejenak dan berfikir. Apa yang telah dia lakukan kepada negara kita? Apa dia telah buat untuk merapatkan hubungan sesama kaum yang semakin tegang akibat perbuatan Perkasa dan Zulkifli Noordin? Apa yang dia telah buat untuk meningkatkan ekonomi negara yang semakin meruncing saban hari? Apa yang dia telah untuk meringankan beban rakyat yang terpaksa berdepan dengan harga barang yang menggila? TIADA!
Najib hanyalah pemimpin retorik. Hanya tahu bercakap dan berjanji. Janji – janji manis ditaburkan namun tiada satu pun dilaksanakan. Sebahagian rakyat Malaysia terpengaruh dengan janji – janji manis yang telah Najib taburkan dan begitu juga sebaliknya. Kita dipaksa oleh media barua Umno untuk menerima janji – janji Najib. Saban hari kita disaji dengan janji – janji manis yang tak kunjung tiba.
Namun dalam masa yang sama, kita dikejutkan dengan berita mahu menarik subsidi makanan, kita dikejutkan dengan berita GST, kita dikejutkan dengan pemberian lesen judi besar kepada Vincent Tan, kita dikejutkan dengan penerimaan Najib Ahli Parlimen Bandar Kulim Bahru Zulkifli Noordin, manusia yang bertanggungjawap mencetuskan hubungan tegang sesama kaum.
Najib sebenarnya tidak bijak memerintah. Dia tidak punya pendirian yang kuat dan kukuh. Sering berubah keputusan. Apabila dirasakan tindakan itu dapat memperbodohkan rakyat maka tindakan itu diteruskan, namun jika tindakan itu tidak langsung dapat membodohkan dan mengundang kemarahan rakyat maka DITANGGUHKAN dahulu sehinggalah rakyat dapat dibodohkan sekali lagi. Jika dia pandai dia tidak akan mengajak Zulkifli Noordin antara punca utama ketegangan kaum dan agama dalam lawatannya ke Washington. 1Malaysia hanya omongan kosong Najib. Jika dia benar – benar mahu wujudkan 1Malaysia kenapa harus baik dengan pencetus pergaduhan Zulkifli Noordin?
Kadar jenayah meningkat kerana kesan harga barang naik dan gaji tidak naik – naik. Bagi mereka yang kurang moralnya kurang imannya jalan untuk melarikan diri dari kesempitan duit maka mencuri dan sebagainya sebagai jalan penyelesaian. Sekarang apa Najib telah lakukan? Apa dia telah lakukan untuk memastikan rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan tidak terjebak dengan jenayah. Apa dia telah buat untuk memastikan punca kepada jenayah iaitu kemiskinan itu dikurangkan? TIADA. Najib hanya tahu menabur janji dan sibuk menyediakan jutaan ringgit agar isteri dia iaitu Rosmah dapat membeli – belah dengan tenang dan senang hati.
Itu hanyalah contoh – contoh yang senang. Cuba kita jujur dengan diri kita sendiri. Apakah yang telah Najib lakukan yang mampu buat kita tersenyum. Memang jika dilihat program – program yang konon bakal dilaksanakan memang hebat pada mata orang Umno namun tiada satu pun dilaksanakan. Najib sama macam Pak Lah. Apa yang dirancang tiada satu pun dilaksanakan. Kalau dilaksanakan pasti akan ditarik balik atau belum muktamad. Namun Pak Lah lebih mulia daripada Najib kerana Pak Lah tidak pernah meluluskan lesen judi, tidak pernah ada niat mahu meruntuhkan bangunan bersejarah, walaupun Pak Lah sama saja dari tong taik iaitu Umno.
Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/07/apa-yang-najib-buat-untuk-malaysia.html