Betul ke banding Epal & Oren Mantan Menteri Pengangkutan?


Dr. Dzulkefly Ahmad

Mantan Menteri Pengangkutan YB DS Ong Tee Keat mengulas dalam blog beliau bahawa perbahasan dalam parlimen tentang pembelian 38 EMU 6 koc lebih banyak menaburkan tohmahan dan tidak punya asas serta hujjah yang kukuh. Beliau lantas menyimpulkan bahawa dakwaan yang dibuat pihak-pihak yang berhujjah ketika perbahasan itu tanpa menyebutkan mana-mana MP adalah seumpama membuat perbandingan buah epal dan oren, tak sama tegas beliau.

MP Kuala Selangor adalah antara yang berhujjah hari tersebut, menyanjungi inisiatif Mantan Menteri ini dan ingin mendapat ulasan ini seterusnya supaya benar-benar dapat dikenalpasti siapa yang tidak punya hujjah yang kukuh. 
Pembaca di minta merujuk kepada blog ongteekeat.net. Apa yang kemukakan sebagai perkara penting yang disebutkan sebagai tidak diambil kira dalam penghujjahan MP tidak benar sama-sekali kerana Kuala Selangor telah menyebut kesemuanya termasuk perkara yang saya lanjutkan dalam penulisan saya yang diterbitkan oleh Harakah. Sila YB rujuk Hansard parlimen ntuk pengesahan.

Beliau  menyebutkan dalam blognya bahawa “I’m amazed by the conspicuous absence of the following key points in the procurement:

a)    The 2008 KTM tender of 8 sets of 3-car EMU trains was cancelled and not awarded, in the light of new demands and needs highlighted by the National Key Result Area (NKRA) for Urban Public Transportation that surpassed those contained in the tender;

b)    The quantity under the procurement is for 38 sets X 6 car, as compared to the original tender for 8 sets X 3 car. Any price comparison must always be based on the technical specifications or we run the risk of comparing apples with oranges;

c)    The direct negotiation for the procurement was not directed and endorsed by the Ministry of Transport, but by the Ministry of Finance.

Dengan ini saya berasa bertanggungjawab kepada rakyat untuk sekali lagi menegaskan beberapa perkara yang didakwa oleh mantan menteri ini. Sebutan beliau tentang MOF lebih mencurigakan kami apakah mereka telah disilapnasihat oleh MOT atau sebaliknya mereka juga mahukan satu yang lebih mahal dengan sebab yang hanya diketahui oleh MOF sendiri.. aneh dan sukar nak difahami..mungkin ‘more than meet the eyes’ dgn izin. 

READ MORE HERE: http://drdzul.wordpress.com/ 

 



Comments
Loading...