Zulkifli Nordin, kehilangan yang amat sukar dicari ganti untuk Pakatan Rakyat


zn

Saya menganggap Zulkifli Nordin sebagai insan yang luar biasa. Kekuatan sebegini amat diperlukan di dalam operasi perisikan dan propaganda. 

By ExPet

Saya membaca laporan berita mengenai pengakuan Zulkifli Nordin bahawa semasa berada di dalam PKR, beliau banyak melakukan pendustaan dan penipuan berita dengan bertujuan untuk memburukkan-burukkan Umno. Salah satunya ialah pengakuan bahawa beliau berbohong kononnya Anwar diracuni arsenik semasa di dalam tahanan.

Beberapa bulan yang lepas, saya menganggap pemecatan Zulkifli Nordin sebagai tidak merugikan Pakatan Rakyat, malah ianya suatu ‘good riddance’ (bagus hilang). Tetapi sejak akhir-akhir ini selepas membaca laporan-laporan berita berkaitan pengakuan Zulkifli Nordin mengenai aktiviti-aktiviti beliau semasa di dalam PKR, ia mengubah pandangan saya sama sekali. Saya sekarang menganggap pemecatan Zulkifli Nordin sebagai suatu kehilangan yang amat besar kepada Pakatan Rakyat. Individu seperti Zulkifli Nordin jika dibantu dengan dana Umno akan memberi kekuatan yang luar biasa kepada Umno untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat. Ini sungguh membimbangkan saya. Sesungguhnya satu di dalam seribu pun susah untuk menemui manusia seperti Zulkifli Nordin ini. Kenapa saya berpendapat sedemikian?

Read more at: http://expet.blogspot.com/2010/07/zulkifli-nordin-kehilangan-yang-amat.html



Comments
Loading...