Curi Pasir : Kenapa Tindakan Polis berbeza di dua negeri ini?


Kesalahan yang sama tapi tindakan yang diambil oleh pihak Polis di dua negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ini jelas berbeza. Seolah-olah mereka dikuasai oleh pihak yang berbeza walaupun ketua mereka adalah orang yang sama yang bertanggungjawab melaporkan segalanya kepada Kementerian yang sama dalam Negara yang sama.

By Anak Sungai Derhaka

Kenapa jadi begini?

Kesalahan yang sama tapi tindakan yang diambil oleh pihak Polis di dua negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ini jelas berbeza. Seolah-olah mereka dikuasai oleh pihak yang berbeza walaupun ketua mereka adalah orang yang sama yang bertanggungjawab melaporkan segalanya kepada Kementerian yang sama dalam Negara yang sama.

Boleh jadi Polis di Pulau Pinang menurut perintah Ketua Polis Negara sendiri dan Polis di Selangor pula menurut perintah dari pihak ketiga seperti yang pernah disuarakan oleh Ketua Polis Negara suatu masa dulu..

Atau adakah undang-undang di dua negeri ini berbeza? Seperti berbezanya kebenaraan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, ada negeri yang dibenarkan dan ada pula negeri yang diharamkan.

Adakah kegiatan mencuri pasir di Pulau Pinang merupakan satu kesalahan tetapi tidak di Selangor, tapi jika tidak menjadi kesalahan di Selangor kenapa Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan Negeri menghentikan kegiatan ini?

Jika di Pulau Pinang Polis bertindak menahan suspek yang disyaki mempunyai hubungan dengan aktiviti pencurian pasir berhampiran Kampung Kenanga di Balik Pulau, suspek telah ditahan pada isnin lalu dan direman bagi membantu siasatan.

Tetapi di Selangor pula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kecekapan polis Selangor yang didapati gagal menunjukkan minat dan usaha untuk membanteras aktiviti kecurian pasir walaupun setelah dilaporkan kepada polis secara bertulis dan diberikan bukti yang mencukupi untuk tindakan selanjutnya.

Semakin mengelirukan perlaksanaan undang-undang di Malaysia ini.

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/07/curi-pasir-kenapa-tindakan-polis.html

 



Comments
Loading...