Mahfuz selar Harussani, sifatkan alat Umno


(Free Malaysia Today) – POKOK SENA: Pengakuan yang dibuat oleh Datuk Dr Hasan Ali berkaitan pertemuan beliau dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kedudukkan dan peranan Harussani sebagai alat  Umno.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jelas apa yang dinyatakan oleh pesuruhjaya PAS Selangor  bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

“Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena berkata, kenyataan  Hassan  jelas mendedahkan pembohongan seorang Mufti seperti Harussani.

Katanya, pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi alat Umno sangat memalukan ulamak khususnya para Mufti yang ada diMalaysia.

“Harussani sepatutnya meletakan jawatan mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai mufti beliau tidak berbohong, sedangkan pendedahan Hassan jelas pembohongan Harussani.

“Saya menuntut  Harussani memohon maaf secara terbuka pada PAS dan seluruh orang Melayu Islam atas pembohongan yang memalukan.

“Saya juga minta beliau tidak membiarkan diri beliau dari terus menjadi alat Umno yang sedang tenat dan nazak,” kata Mahfuz lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...