Aku Melayu
Orang Melayu sekali lagi terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat bangsat Umno ini. Sedangkan yang berusaha untuk menghalau orang Melayu di tanah mereka sendiri adalah orang Umno. Tapi dalam masa yang sama Umno juga menjerit “HIDUP MELAYU!”, “INI TANAH MELAYU!”, “JANGAN RAMPAS HAK MELAYU!”
By From Vehicles to Life
Aku juga Melayu. Aku juga beragama Islam. Tapi kenapa aku membenci tindakan sesetengah tindak – tanduk pemimpin Umno yang mengaku diri mereka memperjuangkan Melayu. Adakah dengan langkah aku membenci Umno maka aku mengkhianati Melayu.
Aku benci kepada Umno kerana mereka sering kali memperbodohkan Melayu. Lihat sahaja laungan Ketuanan Melayu tapi yang merampas tanah – tanah orang Melayu adalah mereka. Yang merobohkan Kampung Berembang adalah mereka. Yang menutup mata untuk penduduk Kampung Tanjung Tokong Pulau Pinang adalah mereka. Yang merampas biasiswa untuk Bumiputera adalah mereka.
Tapi dalam masa yang sama mereka juga menjerit “HIDUP MELAYU!”, “INI TANAH MELAYU!”, “JANGAN RAMPAS HAK MELAYU!”, dan sebagainya. Kenapa masih ada yang mempercayai Umno memperjuangkan Melayu. Kenapa masih ada yang terus – menerus memberi undi kepada Umno?
Aku Melayu, tapi aku tidak pernah sesekali memberikan undi aku kepada Umno kerana aku yakin Umno tidak pernah mempertahankan Melayu. Mereka hanya menggunakan nama Melayu untuk merompak harta negara. Mereka mencandukan orang Melayu dengan slogan – slogan yang cukup enak untuk didengar. Buktinya? Lihat sahaja rumah Khir Toyo. Hartanya puluhan juta. Hasilnya kerana terus menerus memperbodohkan Melayu. Apabila Melayu khayal dan terus seronok menyokong Umno, maka lahirlah Istana Kaya Raya Khir Toyo.
Apakah itu tidak cukup untuk membuka mata orang Melayu? Tidak! Orang Melayu disajikan dengan orang Cina nak rampas tanah Melayu. Orang Cina akan buang hak – hak Melayu. Tanah orang Melayu akan dirampas oleh Cina. Sokong parti pembangkang orang Melayu akan musnah.
Maka orang Melayu sekali lagi terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat bangsat Umno ini. Sedangkan yang berusaha untuk menghalau orang Melayu di tanah mereka sendiri adalah orang Umno. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kampung Berembang. Orang Melayu dihalau bagaikan anjing. Apakah itu tidak cukup memperlihatkan betapa bangsatnya Umno?
Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/07/aku-melayu.html