“Saya bukan alat Umno” – Ibrahim Ali


Wawancara eksklusif dengan Presiden Perkasa

Bercakap dengan Free Malaysia Today dalam satu wawancara eksklusif di pejabat Perkasa yang terletak di sebuah hotel empat bintang di ibu negara, pemimpin bersuara lantang itu berkata, pada suatu ketika Perkasa dianggap “bukan sahabat” oleh mereka dalam Umno.

Oleh Stephanie Sta Maria, Free Malaysia Today

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Ibrahim Ali terpaksa bersuara lantang menyelar sesiapa sahaja yang beliau fikirkan telah melampau batas dengan mempertikaikan hak-hak istimewa Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Atas alasan ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, merasa pelik dan marah apabila beliau dilabelkan sebagai “alat Umno” dan “jurucakap” bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Perkasa, sepertimana yang tidak jemu-jemu dijelaskan oleh Ibrahim, ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berminat menjadi parti politik tetapi kritikannya yang kadang-kadang pedas itu ditujukan kepada dasar atau kenyataan tanpa prejudis terhadap sumber asalnya.

Menafikan anggapan bahawa beliau lebih cenderung kepada Umno atau menjadi “pembesar suara” Dr Mahathir, ketua Perkasa ini berkata, pertubuhan yang diterajuinya telah acap kali mengkritik kerajaan dan dasar-dasarnya dan ini membuat pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahlinya marah kepadanya.

Bercakap dengan Free Malaysia Today dalam satu wawancara eksklusif di pejabat Perkasa yang terletak di sebuah hotel empat bintang di ibu negara, pemimpin bersuara lantang itu berkata, pada suatu ketika Perkasa dianggap “bukan sahabat” oleh mereka dalam Umno.

“Masalahnya apabila kami mengkritik pembangkang atau lain-lain NGO, kami dilabel sebagai alat Umno.  Tetapi apabila kami mengkritik kerajaan, tidak ada sesiapa yang mengiktiraf kami sebagai sebuah badan yang bebas,” jelas beliau.

Ahli parlimen bebas itu juga menyelar persepsi oleh setengah-setengah golongan bahawa NGO yang baik dan bebas ialah yang sentiasa menjadi “duri dalam daging” dalam tubuh kerajaan.

“Persepsi ini adalah salah.  Sebuah NGO yang bebas ialah bersikap mesra dengan semua pihak, kritikal tentang dasar-dasar dan bersuara lantang terhadap isu-isu yang tidak dipersetujuinya.  Tetapi bagi pihak kerajaan pula, kami masih perlu ada hubungan supaya kami dapat menyampaikan pendapat dan tuntutan kami.”

Di samping mengakui perlunya hubungan yang baik dengan kerajaan, Ibrahim dengan cepat menafikan bahawa Perkasa bukanlah alat Umno.

“Lihat, malahan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Nazri Aziz dan (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin secara terbuka berkata, Umno tidak menyokong Perkasa…. tapi kami menganggap positif kenyataan-kenyataan ini kerana membuktikan bahawa kami bukanlah alat sesiapa,” ujar beliau.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...