Aku Melayu (2)
Aku Melayu, tapi aku menentang Perkasa. Adakah ini bererti aku mengkhianati Melayu. Tidak sama sekali. Aku menentang Perkasa kerana mereka suka menutup sejarah.
By From Vehicles to Life
Aku Melayu. Aku juga Muslim. Tapi aku benci kepada Perkasa. Apakah tindakan aku membenci Perkasa seperti mana aku membenci Yahudi Zionis ini bererti aku pengkhianat Melayu?
Aku membenci Perkasa bukan kerana hebatnya Ibrahim Ali bermain drama. Aku membenci Perkasa kerana aku tidak suka bagaimana mereka cuba memperbodohkan orang Melayu. Pertubuhan yang dianggotai oleh manusia – manusia yang cerdik cuba menyeret orang Melayu turut sama menjadi bodoh seperti mereka. Inilah perkara utama kenapa aku benci kepada Perkasa.
Mereka menjerit kepada ketuanan Melayu. Mereka menjerit jangan undi DAP. Jika undi DAP maka hilanglah kuasa orang Melayu. Undi DAP lihat apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Satu perkataan yang khas buat mereka. BODOH!
Jangan cuba tutup sejarah. Jangan cuba gelapkan sejarah. Jangan jadi perangai Munsyi Abdullah yang menutup sejarah sebenar Malaysia dengan karya dongeng yang membodohkan rakyat Malaysia. Orang Melayu di kampung Berembang merupakan pengundi tetap Umno. Kubu kuat Umno yang sukar ditembusi oleh PAS ataupun PKR. Namun lihat apa yang terjadi kepada mereka. Rumah mereka dirobohkan disaat anak – anak penduduk kampung Berembang menanti untuk peperiksaan. Pasangan uda dan dara yang akan melangsungkan perkahwinan. Surau di kampung Berembang dirobohkan. MANA PERGI PEJUANG – PEJUANG MELAYU yang menjerit ketuanan Melayu.
Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/07/aku-melayu-2.html