Sim Guan Yu, Sim Swee Huat dan Dato Wahid Bin Md Don


MAKLUMAT KE ATAS SEORANG WARGANEGARA SINGAPURA PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN DAN TIDAK DISENARAIHITAM OLEH JABATAN IMIGRESEN

Seorang warganegara Singapura yang bebas keluar masuk walaupun telah dihadapi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana terlibat dalam wang haram dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001) dan juga terlibat dalam kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Dato Wahid Bin Don.

i) Butiran beliau adalah seperti dibawah:

Nama: Sim Guan Yu dan juga menggunakan nama Sim Swee Huat

Jantina: Lelaki

Tarikh Lahir: 16.7.1964

Pasport: S1675292D dan E0877925J

Warganegara: Singapura

ii) Memiliki syarikat di Malaysia seperti dibawah:

MCSim Holdings Sdn Bhd

SME Associates Sdn Bhd

IntenKreatif Sdn Bhd

MPMP Sdn Bhd

McSim (MM2H) Sdn Bhd

Syarikat semua beralamat di Suite 11.01, Tingkat 11, Yayasan Selangor Building, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

iii) Pernah dikeluarkan Pas Penggajian untuk bekerja di Malaysia sebagai Pengarah Urusan dengan SME Management Sdn Bhd pada tahun 1998 dengan menggunakan nama “Sim Swee Huat“. Selepas itu beliau keluar masuk menggunakan pas social.

2. Menurut sumber yang boleh dipercayai seratus peratus, beliau mempunyai kabel yang paling kuat dengan pihak atas Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia. Oleh hubungan yang begitu erat, Encik Sim boleh membuat apa saja urusan berkaitan dengan Imigresen, bermula dengan Malaysia My Second Home, Outsourcing pekerja, I-Visa di China dan India (Kelulusan atau Perjanjian ditandantangani oleh bekas Ketua Pengarah Imigresen, Dato Wahid Md Dom dan sekarang dalam simpanan Yg Mulia Dato Raja Azhar, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, KDN) dan bertindak sebagai orang tengah atau penghantaran antara majikan dan pihak atas Kementerian dan Jabatan Imigresen. Siapa nak mendapat kelulusan khas atau perkhidmatan cepat boleh didapati melalui Mr Sim dengan bayaran, kononnya wang untuk tabung Menteri KDN.

3. Dalam perkembangan kes perbicaraan Dato Wahid, bekas Ketua Pengarah Imigresen, nama Sim Guan Yu atau “ Mr Sim ”dipetik banyak kali oleh saksi SPRM dan juga pihak peguambela. Encik Sim Guan Yu berada di rumah Dato Wahid pada malam kejadian kerana menurut saksi Encik Sim datang untuk mendapatkan nasihat Dato Wahid mengenai kelulusan yang diberi kepada  beliau (Mr Sim) menubuhkan Pejabat Perwakilan di Negara China (I – Visa). Dakwaan ini boleh semak dengan pihak Pendakwa Raya atau Mahkamah mengenai keterangan ini.

4. Beliau juga menggunakan 2 nama (Sim Swee Huat dan Sim Guan Yu) dan satu passport Singapura nombor S1675292D (dalam tahun 2006 dan 2007). Yang amat pelik dan mencurigai, ialah beliau berhenti menggunakan nama “Sim Swee Huat“ setelah peristiwa Dato Wahid. Kini beliau hanya menggunakan “Sim Guan Yu“ dan baru baru ini memiliki passport Singapura yang baru (E0877925J)

5. Walaupun syarikat Encik Sim, “IntenKreatif Sdn Bhd” diberi kelulusan eksklusif oleh pihak Kementerian untuk menubuhkan satu platform untuk urusan I-Visa di China, tapi syarikat tidak memenuhi syarat syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negara China dan juga pihak Kementerian semasa ditawarkan projek I-Visa. Walaubagaimanpun oleh kerana hubungan erat Encik Sim dengan pihak Kementerian dan Imigresen maka  Encik Sim dan orang orangnya dibenarkan dan bebas melakukan apa apa transaksi juga sebelum Sistem Imigresen dihentikan.

6. Dalam kes pengilibatan wang haram, Encik Sim atau wakil gagal hadir di Mahkamah Tinggi (5) Kuala Lumpur pada 12.11.2009, maka wang sebanyak Empat Ratus Ribu Malaysia (RM400,000.00) yang dirampas daripada beliau 22.7.2008 (12 hari selepas Dato Wahid ditangkap oleh SPRM) telah dilucuthakan. Tidak diragui, Encik Sim telah merasuahi ramai pegawai atas Kementerian dan Imigresen.

7. Yang menjadi tanda tanya dan bermain dalam fikiran kami,

I) mengapakah seorang warganegara asing yang telah dihadapi diMahkamah kerana terlibat dalam wang haram dan kes rasuah TIDAK DISENARAIHITAM DAN BEBAS KELUAR MASUK MALAYSIA?

II) kenapa projek  I-VISA di China dan India ditawarkan kepada seorang warganegara asing (nama yang lain dalam syarikat adalah boneka atau Ali Baba sahaja), outsourcing dan MM2H. Adakah dakwaan Mr Sim bahawa BOS BOS dalam Kementerian dan Imigresen telah digenggam oleh beliau dan mesti patuhi kepada beliau kerana beliau telah mengeluarkan atau menggunakan wang yang begitu banyak ke atas?

 



Comments
Loading...