Aku Melayu (3)
Perkasa cuba menjadi hero untuk orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama, telah mencemarkan maruah orang Melayu kerana telah menyebabkan bangsa – bangsa lain menyampah dengan bangsa ini.
By From Vehicles to Life
Aku seorang Muslim dan Melayu. Aku cuba menjadi Muslim yang baik walaupun tidak sebegitu sempurna. Idola aku Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik aku. Dari kehidupan peribadinya hinggalah kepada cara Baginda s.a.w mentadbir negara. Apabila aku melihat wujud kumpulan – kumpulan melampau yang cuba mencemarkan nama baik agama ini maka aku harus bangkit lawan.
Perkasa cuba menjadi hero untuk orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama, telah mencemarkan maruah orang Melayu kerana telah menyebabkan bangsa – bangsa lain menyampah dengan bangsa ini. Mereka telah menganggap orang Melayu sama saja kurang ajarnya dengan Perkasa dan Umno. Kadang – kala tindakan mereka yang menggunakan nama agama suci ini juga telah menyebabkan penganut agama lain menjadi bertambah jauh daripada Islam.
Dari isu kalimah Allah hingga masuk dalam masjid. Semuanya diMelayukan oleh Perkasa dan Umno. Sedangkan zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah jadi begitu. Islam tidak diArabkan hatta Islam itu sendiri bercanggah dengan naluri asal orang Arab. Aku begitu geli dengan mereka ini. Geli sifat munafik yang mereka tonjolkan. Mulut kata perjuangkan untuk bangsa dan agama tapi dalam masa mereka rela bersama – sama orang yang melakukan rasuah, terang – terang menindas rakyat dengan menaikkan harga minyak dan harga barang.
Ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w Abdullah bin Ubay merupakan ketua munafik pada zaman tersebut. Selepas kewafatan baginda s.a.w, lahir seorang lagi iaitu Abdullah bin Saba’. Masuk Islam namun dalam masa yang sama berniat menghancurkan agama ini dengan mencetuskan persengketaan sesama Islam. Di Malaysia, wujud seorang individu yang perangai sama macam dua insan yang dilaknat ini. Permainan menempel muka dengan muka pengemis yang menimpa simpati. Aku masih ingat wajah Ibrahim Ali ketika sambutan hari Raya di rumah Anwar Ibrahim. Muka sedih dan tidak berdaya datang memohon simpati. Datang ke rumah Tuan Guru Nik Aziz meminta pertolongan agar diberi kerusi Pasir Mas. Bila sudah menang. Memang melepaskan anjing. Sekarang dicubanya menggigit Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz. Menyalak tak tentu hala. Cuba memecah-belahkan undi orang Melayu. Dahulu sanggup turun ke jalanraya menentang kenaikan harga minyak di KLCC. Sekarang, diam takut menikus. Bacul dan jantan yang tiada telur apabila kuasa dan duit sudah diberikan. Lagi bangsat daripada Yahudi Zionis.
Aku Melayu, melihat gelagat Perkasa yang sememangnya menipu dan cubaan membodohkan orang Melayu menyebabkan aku merasa cukup jijik. Melayu bodoh maka senanglah mereka menjilat tangan Najib kerana jika Melayu jadi bodoh maka Umno akan terus berkuasa. Operasi membodohkan Melayu harus dilaksanakan secepat mungkin. Lagi tebal kebodohan Melayu lagi berkuasalah Umno. Apabila berkuasanya Umno maka lagi senanglah mereka merompak harta rakyat. Apabila harta rakyat dirompak maka Perkasa mengharapkan sedikit sebanyak harta itu diberikan kepada mereka.
Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/07/aku-melayu-3.html