Merdekakan Malaysia Kali Ke-2
Oleh From Vehicles to Life
Sempena bulan kemerdekaan buat Semenanjung Malaysia yang ke-53, aku nak berbicara mengenai betapa pentingnya kita merdekakan Malaysia buat kali ke-2. Siapa penjajah kita sekarang ini. Dahulu kita ada British dan Thailand. Sekarang waris – waris penjajah itu masih ada. Waris tersebut adalah Umno dan Barisan Nasional.
Kita sekarang dijajah dengan begitu teruk sekali oleh Umno dan Barisan Nasional. Kita tidak dibenarkan bersuara untuk menyatakan hak kita. Kita tidak dibenarkan membantah harga barang naik. Kita tidak dibenarkan menyoal akta kejam ISA. Kita tidak dibenarkan menyoal projek yang membazir. Kita tidak dibenarkan menyoal kewangan negara. Kita tidak dibenarkan mendekati parti – parti pembangkang. Kita tidak dibenarkan sumber berita selain daripada Utusan dan TV3. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Semua tak boleh. Apa yang boleh?
Malaysia semakin lama semakin celaru. Orang Melayu dipaksa dibodohkan dengan cerita dongeng ala – ala Munsyi Abdullah bahawa tanah ini akan dirampas oleh orang Cina. Orang Cina dipaksa terima bahawa negara ini jika PAS perintah habis anunya dipotong. Orang India dipaksa terima saja dongeng jika PAS perintah habis kuil Hindu kena roboh. Habis semua kena bodoh. Habis semua kena kelentong. Habis Malaysia.
Apa erti kemerdekaan jika semuanya tidak boleh. Aku Muslim, yakin Islam membawa kepada budaya kebebasan yang tidak melampau. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum yang ada didalam Al-Quran dan As-Sunnah maka bicaralah sesuatu perkara itu hingga kita ketemui jawapannya. Namun Umno cuba menjadi lebih hebat dari Rasulullah s.a.w. Habis semua dihalangnya. Nak bicarakan isu Kalimah Allah pun dijadikan isu besar. Cuba mencetus api pergaduhan oleh pihak tertentu dengan menghantar seorang dua manusia yang tersangatlah bodoh dengan membakar gereja. Jika ianya dibenarkan dibincangkan secara ilmiah dan harmoni sudah pasti kata putus yang terbaik akan diperolehi.