Pelabur asing tidak ada wang untuk melabur – Dr. Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.
By Anak Sungai Derhaka
Mengulas mengenai kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus tahun lalu kepada AS$1.38 bilion (RM4.22 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.39 bilion) pada 2008 yang merupakan rekod terburuk dialami negara ini sejak 15 tahun lalu.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.
Bekas Perdana Menteri memberitahu, pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.
”Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.
Kata Tun pelabur tiada wang untuk melabur, jadi tidak hairanlah jika pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini jatuh merudum..
Tetapi benarkah apa yang dikatakan oleh Tun itu? Atau sekadar untuk menipu rakyat yang berada dikampung-kampung pendalaman yang bergantung berita dari Utusan yang menyiarkan kenyataan itu dan juga TV3?
Kenyataan Tun itu boleh juga kita lihat sebagai satu usaha untuk menutup kelemahan atau kegagalan pentadbiran Najib dalam membina keyakinan para pelabur asing untuk melabur di Negara ini.
Tun juga seharusnya sedar bahawa rakyat Malaysia ini tidaklah sebodoh Menteri-menteri cabinet yang diterajuinya semasa menjadi Perdana Menteri yang telah di tipu sebanyak dua kali oleh Tun Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.
Rakyat juga bukanlah mempunyai daya berfikir yang lembab dan bodoh seperti Menteri-menteri yang diketuai oleh Tun itu, yang hanya sedar diri mereka ditipu setelah lapan tahun berlalu.. diulang.. lapan tahun, bukannya lapan bulan ataupun lapan hari..
Data-data di bawah membuktikan bahawa alasan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir adalah tidak berasas dan jelas cuba memperbodohkan rakyat.
Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/08/pelabur-asing-tidak-ada-wang-untuk.html