Politik Perkauman ( realitistik ) vs Politik Ideologi ( idealistik )
Oleh Shen Yee Aun
Apa yang mereka lihat pada hari ini politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan.
Satu analogi yang tepat menggambarkan tajuk yang diutarakan di atas adalah cara pemakanan kita.
Cara pemakanan nasi di Malaysia boleh dikatakan sebagai cara pemakanan realistik dimana pemakanan nasi merupakan gaya pemakanan seharian untuk majoriti masyarakat di negara kita. Suatu cara pemakanan yang sudah diamalkan selama berpuluh – puluh tahun.
Cara pemakanan idealistik seperti makanan segara Mac Donald , Pizza , KFC dan sebagainya merupakan pilihan generasi terkini dan dikatakan ideal sebab pantas , bergaya dan keadaan yang lebih menarik untuk dimakan.
Oleh itu populariti makanan segera akan sentiasa melebihi nasi kerana produk makanan ini mampu member satu perasaan baharu , bergaya dan ideal kepada pembeli mereka. Nasi pula tidak berubah dan berkembang mengikut peredaran zaman. Keadaan ini menyebabkan pemakanan nasi semakin ketinggalan zaman dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman. Barisan Nasional semakin hilang populariti bukan kerana ideologi mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi hakikatnya idelogi mereka telah dirosakkan oleh mereka sendiri.
Ideologi dan prinsip asal politik perkauman adalah perkongsian kuasa yang adil dan seimbang. Namun begitu , apabila masyarakat sendiri melihat perkongsian ini sudah tidak lagi seperti idea penubuhan asas apabila hanya kaum tertentu yang jauh lebih daripada kaum – kaum lain dalam gabungan ini maka idelogi asas mereka sudah dicacatkan.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah satu politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi terkini dan tidak mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak zaman nenek moyang mereka.
Apa yang mereka lihat pada hari ini politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan.