Diktator Sudah Muncul
By From Vehicles to Life
Hari ini, ketika ini (ketika tulisan ini sedang dikarang), beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO telah ditahan oleh pihak polis. Mereka ditahan kerana tidak dibenarkan membantah kenaikan harga minyak, gula, tong gas dan macam – macam barang keperluan yang lain di Kampung Kerinchi.
Beberapa hari yang lepas, pihak polis telah menggempur kawasan persendirian di selatan tanah air iaitu Johor Bahru. Menangkap, memukul sebahagian daripada pendengar ceramah di kawasan tersebut. Tingkah – laku Yahudi Zionis telah berlaku di sana.
Pada 1/8/2010 ketika ratusan rakyat berhimpun di Petaling Jaya, pihak polis telah menggempur sekali lagi ratusan rakyat Malaysia yang membantah akta Yahudi Zionis iaitu ISA. Kanak – kanak telah ditolak dengan kejam. Orang tua dipaksa berundur ketepi dengan perisai yang mereka pakai. Suasana ini tiada bezanya di Baitul Maqdis dan Gaza.
Semuanya tidak boleh. Firaun manusia yang paling dilaknat oleh Allah kerana kezalimannya terhadap rakyat Mesir. Mereka yang bersimpati dengan Nabi Musa a.s akan dihukum dan diseksa semahu – mahunya. Mereka akan dikejar dan ditangkap oleh pihak berkuasa pada waktu itu. Nabi Musa a.s telah dikejar hingga ke laut Merah dan Firaun akhirnya tumpas akibat belahan laut yang ditakdirkan oleh Allah dan Firaun tenggelam.
Dahulu pada tahun 1998-2003, Mahathir digelar Mahafiraun kerana kekejamannya terhadap rakyatnya sendiri. Rakyat yang tidak sependapat dengan dia dipukul, diterajang, disepak, ditumbuk, dan diseksa. Ribuan rakyat Malaysia pernah tercedera akibat kezaliman dan kekejaman Mahathir pada waktu itu. Siapa yang dilihat mengancam kekuasaan dia maka hukuman keras akan dijatuhkan. Tangkapan ISA berleluasa. Namun lihatlah, Bn hampir tumbang. Namun kerana menyedari Bn akan musnah ditangan dia, maka Mahathir meletak jawatan kerana bimbang imej dia akan tercemar dengan begitu teruk.
Sekarang, Najib mula mengikuti jejak langkah Mahathir. Mahafiraun ke-2 sedang mula menunjukkan taringnya. Percayalah tindakan kejam akan berlaku sekali lagi. Kita rakyat Malaysia yang membantah segala keputusan gila dari Najib akan diseksa. Kita akan dipukul oleh pihak polis. Kita tidak dibenarkan bersuara. Kita dipaksa untuk mengiyakan segala keputusan yang merugikan rakyat. Kita dididik oleh Najib untuk menjadi pak turut. Kita dipaksa oleh Najib untuk menjadi rakyat yang paling bodoh dalam sejarah tamadun Malaysia ini.
Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/08/diktator-sudah-muncul.html