Zaid: Saya tiada hasrat tanding sebarang jawatan dalam PKR


Oleh Adib Zalkapli, The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Anggota Majlis Tertinggi PKR Datuk Zaid Ibrahim menolak laporan media bahawa beliau akan bersaing pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu hujung tahun ini.

Bekas menteri persekutuan ini menegaskan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan sebaliknya hanya menerima tanggungjawab yang diberikan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mahu respons kepada laporan media bahawa saya akan bertanding jawatan timbalan presiden Keadilan pada pemilihan akan datang,” kata Zaid dalam satu kenyataan.

“Laporan ini tidak benar kerana saya tiada apa-apa rancangan untuk bertanding sebarang jawatan parti,” kata beliau.

Kata Zaid, keutamaan beliau ialah memperkukuhkan Keadilan dan Pakatan Rakyat dalam memastikan kemenangan ketika pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden  PKR Senator Dr Syed Husin Ali sebelum ini pernah mengatakan bahawa tidak akan mempertahankan jawatannya jika pucuk kepimpinan menerima hasrat beliau.

Antara yang disebut-sebut akan merebut kerusi nombor dua itu ialah Mustaffa Kamil Ayub, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mustaffa dan Azmin merupakan Naib Presiden PKR.

 

SELANJUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...