DEB dan nasib orang Cina


Vincent Tan (gambar) berjaya kerana beliau dapat meyakinkan sahabat beliau, Mahathir Mohamad, yang Perdana Menteri ketika itu, untuk menswastakan Sports Toto kepada beliau, kerana kononnya, disebabkan judi itu haram, orang Melayu dan kerajaan tidak boleh terlibat dalam penjudian.  

Merdeka Review

Ada banyak kisah benar yang diketahui ramai tentang kejayaan kaum Cina di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).  Dalam konteks ini, DEB bermaksud sistem pilih kasih dan naungan orang-orang yang berkuasa.  Sepertimana dinyatakan oleh adik Perdana Menteri, Nazir Razak (gambar kiri), DEB telah bersimpang dari tujuan asal yang diilhamkan oleh Allahyarham Abdul Razak, ayahanda kepada Najib dan Nazir.  Apa yang tidak dinyatakan oleh Nazir ialah bahawa DEB telah sekarang menjadi satu sistem yang korup, tidak mempunyai akauntabiliti kepada rakyat dan diselubungi rahsia sehingga hanya mereka yang berkuasa dan korup mendapat faedah terbesar dari DEB.

Yang sedih, pagar diharapkan, pagar yang makan padi.  Orang Melayu menaruh harapan kepada UMNO untuk menjaga kepentingan bangsa; tetapi dibawah sistem DEB yang dikorupkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, ada juga beberapa orang Cina yang berjaya meraih kekayaan.  Ini termasuk Vincent Tan, Francis Yeoh, anak muda 28-tahun Jho Low (Low Taek Jho) dan Liew Kee Sin dari SP Setia.  Bagaimana mereka berjaya melalui DEB?  Kita harus tahu.  Orang Cina harus tahu supaya mereka pun boleh berjaya dan menjayakan DEB.

Encik Liew, yang penuh dengan pujian untuk DEB, mengakui bahawa beliau adalah salah seorang yang berjaya melalui DEB.  Beliau adalah pegawai biasa dalam salah satu bank dagangan yang kecil sehingga beliau berkawan dengan dua orang peguam – Rashid Manaf and Zaki Azmi (sekarang Ketua Hakim Negara).  Kedua, Rashid dan Zaki tidak mempunyai latar belakang dalam alam perniagaan.  Syarikat perundangan mereka pun besar tapi tidak lah boleh membuat seseorang rakan kongsinya kaya.  Tetapi apabila mereka dilantik sebagai peguam untuk UMNO, dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Ketua MIC Samy Vellu, maka perniagaan mereka pun mulai mengalami kecemerlangan.

Bukankah SP Setia sebelum ini dipunyai SPK yang dikendalikan oleh sahabat  Mahathir iaitu Abdullah Ahmad (Kok Lanas) dan Ramli Khushairi?  Liew, Zaki dan Rashid membeli syarikat ini, dengan habuan diberi kepada Dollah Kok Lanas, dan yang lain itu, seperti kata orang, “the rest is history“.  Perlu di ingatkan bahawa satu ketika dahulu, SPK adalah kooperatif yang mana pegawai kerajaan dan ahli-ahli UMNO menjadi tuan yang punya.

Vincent Tan berjaya kerana beliau dapat meyakinkan sahabat beliau, Mahathir Mohamad, yang Perdana Menteri ketika itu, untuk menswastakan Sports Toto kepada beliau, kerana kononnya, disebabkan judi itu haram, orang Melayu dan kerajaan tidak boleh terlibat dalam penjudian.  Tetapi beliau memilih orang Melayu untuk menjadi partner beliau – anak saudara Mahathir yang ketika itu bertugas sebagai pengurus besar agensi berita Nasional, Bernama.  Anak saudara Mahathir ini baik orangnya tetapi tidak lama selepas itu, beliau menamatkan perkongsian itu dan saya rasa beliau tidak dapat apa-apa pun.  Inilah nasib orang Melayu yang menjadi rakan kongsi orang Cina yang pintar saperti Vincent Tan.  Vincent semestinya harus disenaraikan sebagai salah satu cerita kejayaan DEB, seperti juga Liew.

Ayah kepada Francis Yeoh, Yeoh Tiong Lay, memulakan syarikat pembinaan yang tidak begitu menyerlah selama 30 tahun.  Tetapi ini semua bertukar apabila Francis, yang berkawan dengan Mahathir, berjaya dapat kontrak membina hospital di Semenanjung Malaysia pada tahun 1980-an.  Kemudian, Mahathir memberi kontrak paling mewah kepada keluarga YTL – IPP dengan bayaran yang paling lumayan sehingga kini dalam sejarah pengswastaan tenaga elektrik.  Tenaga Nasional terpaksa membeli eletrik dari YTL dengan harga tinggi itu, biar tenaga itu diperlukan atau tidak.  Macam mana tak buat duit?  Pelanggan terpaksa beli, mahu atau tidak, dengan harga paling tinggi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...