RM600 juta disebalik tuduhan kedua terhadap Mirza?


(Free Malaysia Today) – Khabar angin bertiup di sekitar kafeteria dan di anjung mereka yang berkuasa bahawa tuduhan kedua ke atas Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mirza Mohammad Taiyab hari Isnin berkaitan dengan kontrak bernilai RM600 juta di mana beliau enggan meluluskannya.

Tuduhan pertama terhadap Mirza ialah mengenai rawatan gigi yang didakwa dibiayai oleh pihak tertentu, tetapi beliau dibebaskan.

Mirza ialah pengerusi Lembaga Tender dan agak menghairankan tarikh tutup tender pengiklanan ialah hari Isnin, hari beliau ditahan atas tuduhan rasuah kali kedua.

Beliau dilaporkan tidak bersefahaman dengan Menteri Pelancungan Dr Ng Yen Yen sejak diambil semula sebagai ketua pengarah setelah dibebaskan.

Menurut sumber-sumber, beliau telah menolak projek dan kertas cadangan (yang diluluskan oleh Menteri) di mana beliau menyifatkan sebagai suatu pembaziran dan enggan membuat bayaran yang berbaur rasuah.

Insiden tiba di kemuncak apabila tender pengiklanan Perbadanan Pembangunan Pelancungan (TDC) dikeluarkan dan beliau enggan memberi pertimbangan untuk menyerahkan kontrak bernilai RM600 juta kepada sebuah syarikat yang mempunyai hubungan kait dengan anak lelaki Ng.

Menurut laman blog “Another Brick On The Wall”, Menteri dan anak lelakinya ingin menyapu bersih …….dan Mirza menjadi penghalang.

“Tapi kali ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah bertindak dengan betul……supaya mereka tidak kalah kali kedua kepada orang yang sama.

Ini kerana ia bukan sahaja akan memalukan mereka tetapi juga akan mencemar imej mereka,” kata blog itu, merujuk kepada tuduhan pertama tetapi beliau dibebaskan.

Pada Julai 2009, Mirza dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan menerima rawatan gigi bernilai RM13,860 pada 2005 selepas orang yang mengarahkan doktor gigi supaya tidak mengambil bayaran daripada Mirza, tidak mengaku terlibat.

“Kalau tidak, beliau akan menjadi mangsa sepertimana yang dialami oleh bekas Menteri Pelancungan, Azalina Said.

“Mirza mempunyai reputasi yang bersih.  Tidak ada kakitangan Kementerian yang mengadu tentang beliau.

“Tidak juga kedengaran rasa tidak puas hati terhadap beliau mengenai rasuah atau salah guna kuasa.  Beliau bersikap lurus dengan staf dan dengan mereka dari industri pelancungan,” kata penulis itu, yang hairan kenapa SPRM memilih untuk mendakwa beliau buat kali kedua.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...