Wayang Murahan BN
By From Vehicles to Life
Pada tahun 1969, kerana kuasa BN telah mula terhakis. Isu perkauman dimainkan. Ketika itu tiada internet. Ketika itu maklumat sampai begitu perlahan dan lambat. Maka ribuan anak muda Melayu terpengaruh dengan agenda Ketuanan Melayu. Ribuan telah tercedera dan ratusan terkorban. Hasilnya BN kembali memerintah untuk beberapa dekad lagi. Modalnya, hasut orang Melayu agar bangkit membunuh semua bangsa Cina dan lain-lain. Biar nyawa rakyat tergadai asalkan kuasa Umno terbela.
Hari ini, pelakon “filem” terhebat Chua Soi Lek sekali lagi berjaya membawa wataknya dengan begitu berkesan. Watak sebagai penjahat untuk orang Melayu. Watak sebagai penghasut agar keharmonian kaum ini tergugat. Lakonannya mantap. Ramai orang Melayu terpengaruh dengan lakonannya khas Perkasa dan Muhyidin Yassin. Slogan – slogan mengeji, laungan amarah, dan jeritan membela Melayu dipekikkan. Laporan polis segera dibuat. Tujuannya agar memulakan cetusan api kecil agar pergaduhan yang mereka nantikan itu benar – benar terjadi.
Lihatlah betapa jijiknya permainan BN. Perhatikan betapa biadapnya mereka terhadap nyawa rakyat Malaysia.
Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/08/wayang-murahan-bn.html