Nama Guan Eng langsung tidak ada di Khutbah Jumaat
{youtube}wjO4z197hSg{/youtube}
“Cuma orang yang kurang waras sahaja mungkin melakukan perbuatan menukar nama Agong dan Gabenor ke nama lain,” Malik memberitahu para wartawan. “It is impossible! No one in their their right frame of mind will do such a thing.”
Or watch at: http://www.youtube.com/watch?v=wjO4z197hSg
Abdul Malik Bin ABul Kassim merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang, Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengadakan sidang media di Komtar hari ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang.
Malik beri penjelasan ringkas kepada wartawaan-wartawaan yang bukan beragama Islam berkenaan dengan Khutbah Jumaat. Pada kebiasaannya, Khutbat Jumaat ini dibaca oleh katib atau imam dari buku yang dicetak setiap bulan. Cuma nama DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan TYT Gabenor disebut di dalam.
“Cuma orang yang kurang waras sahaja mungkin melakukan perbuatan menukar nama Agong dan Gabenor ke nama lain,” Malik memberitahu para wartawan. “It is impossible! No one in their their right frame of mind will do such a thing.” Dia tambah lagi.